• 8 Sekolah Di Sarawak Terjejas Banjir

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Sebanyak lapan sekolah di negeri ini terjejas akibat banjir dengan melibatkan 777 orang murid.

    Daripada jumlah tersebut, hanya sebuah sekolah iaitu SK Nanga Selangau ditutup manakala tujuh sekolah lain beroperasi seperti biasa.

    Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, setakat ini tiada sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

    Sementara itu, sebanyak 10 keluarga melibatkan 31 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit.-Sarawakiana

  • No Comment to " 8 Sekolah Di Sarawak Terjejas Banjir "