• 7 Wanita Antara Ditahan Terlibat Dadah Di Mukah

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+


    MUKAH: Polis Mukah berjaya menahan sembilan individu termasuk tujuh wanita dalam beberapa serbuan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) berkaitan kes penyalahgunaan dadah di tiga lokasi berasingan.

    Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata semua yang telah ditahan berusia 18 hingga 37 tahun.

    Menurutnya, tangkapan pertama membabitkan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun di Kampung Sesok, Isnin lalu

    “Suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah kini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya - Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985,” katanya.

    Jimmy menambah dalam serbuan yang berasingan, sepasukan anggota BSJN Mukah turut melakukan pemeriksaan keatas dua buah rumah di Taman Desa Intan dan Taman Yung Seng Fasa II, Selasa lalu dan berjaya menahan tujuh wanita di rumah pertama serta seorang lelaki dan enam wanita di rumah kedua kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

    Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan keatas kesemua individu ditahan menunjukkan tujuh wanita dan seorang lelaki disahkan positif dadah, manakala enam wanita lain yang didapati negatif telah dibebaskan.

    Kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)Akta Dadah Berbahaya 1952.-Sarawakiana
  • No Comment to " 7 Wanita Antara Ditahan Terlibat Dadah Di Mukah "