• 60 Premis Makanan Terima Notis Arahan Larangan DBKU

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+
    Gambar Hiasan
    KUCHING – Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini mengeluarkan notis arahan larangan kepada 60 premis makanan yang menggunakan kaki lima sebagai tempat meletak gerai makanan.

    Ketua Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kawalselia DBKU Morshidi Ahmad berkata notis itu menjelaskan setiap pemilik premis diberi tempoh tiga bulan untuk memastikan tiada lagi aktiviti memasak atau menyediakan makanan di kaki lima.

    Beliau berkata tindakan itu diambil selepas pemilik premis gagal mematuhi notis arahan larangan yang dikeluarkan sejak Oktober 2017.

    “Bandar raya Kuching memiliki 337 premis makanan, daripada jumlah itu DBKU mengenal pasti 60 premis yang masih gagal mematuhi notis arahan larangan yang dikeluarkan.

    “Meletak gerai makanan di kaki lima bukan sahaja mengundang bahaya kepada pengunjung tetapi juga menimbulkan isu kebersihan persekitaran,” katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi penguatkuasaan gerai makanan di sini hari ini.

    Sementara itu DBKU dalam kenyataan berkata pihaknya akan mengambil pendekatan berlembut dengan mengeluarkan notis terlebih dahulu namun sekiranya pemilik premis masih tidak mematuhi tindakan kompaun dan sita akan diambil. – BERNAMA
  • No Comment to " 60 Premis Makanan Terima Notis Arahan Larangan DBKU "