• 58,081 Golongan Sasar Dijangka Terima Bantuan Kebajikan Tahun Ini

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Seramai 58,081 rakyat negeri ini dijangka menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak.

    Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato' Sri Fatimah Abdullah, keseluruhan bantuan tersebut dijangka melibatkan perbelanjaan  RM226.89 juta..

    "Tahun lepas, keseluruhannya 57,000 orang penduduk negeri ini menerima pelbagai bantuan kebajikan daripada JKM Negeri Sarawak.

    "Kita menganggarkan keseluruhannya seramai 58,081 penduduk negeri ini akan menerima bantuan itu yang keseluruhannya berjumlah RM226.89 juta," katanya seperti dilaporkan Utusan Sarawak.

    Menurutnya, anggaran bajet jabatan itu tahun ini dibahagikan kepada Skim Bantuan Persekutuan yang diperuntukan kerajaan pusat, Skim Bantuan Kerajaan Sarawak yang diperuntukan kerajaan negeri, Bantuan Bencana dan Geran Pembangunan Ekonomi.-Sarawakiana
  • No Comment to " 58,081 Golongan Sasar Dijangka Terima Bantuan Kebajikan Tahun Ini "