• 54 Pemberontak Kurdis, ProAnkara Maut

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    BEIRUT: Sekurang-kurangnya 54 pemberontak Syria maut di wilayah Afrin di utara Syria, dalam masa tiga hari, sejak Turki melancarkan serangan di wilayah itu, kata pemerhati semalam.

    Antara yang terbunuh ialah 26 pemisah Kurdis dari Pasukan Demokratik Syria yang menguasai wilayah bersempadan dengan Turki itu, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

    Kebanyakan mereka terbunuh dalam serangan udara Turki, kata ketua pertubuhan beribu pejabat di Britain itu, Rami Abdel Rahman.

    Seramai 19 lagi pemberontak pelbagai pangkat proAnkara yang berjuang bersama-sama tentera Turki turut maut, kata SOHR, menambah sembilan mayat tidak dikenali ditemui di medan perang.

    Angka kematian penduduk awam meningkat kepada 24 dalam masa tiga hari.

    Dua daripada mereka maut akibat serangan Kurdis manakala yang lain terbunuh susulan serangan udara Turki, katanya.

    Ankara menafikan bertanggungjawab di atas kematian penduduk awam. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 54 Pemberontak Kurdis, ProAnkara Maut "