• 5.25 Juta Pelancong Disasar Ke Sarawak Tahun Ini

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak menyasarkan kedatangan pelancong seramai 5.25 juta ke negeri ini pada tahun ini dengan anggaran pendapatan RM9.82 bilion.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, setakat November 2017, Sarawak menerima kedatangan pelancong seramai 4,427,539.

    “Kita menjangkakan peningkatan sebanyak 6.9 peratus pendapatan disumbang oleh sektor pelancongan Sarawak pada tahun ini iaitu sebanyak RM9.82 bilion.

    “Tahun lalu, setakat November, sektor pelancongan negeri menjana pendapatan RM8.98 bilion iaitu menyum-bang kira-kira 8.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),” katanya.

    Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pelancongan Sarawak Mary Wan Mering berkata pada 2017 kebanyakan pelancong yang datang ke Sarawak dari wilayah ASEAN seperti Singapura, Semenanjung Malaysia, Brunei, Indonesia dan selebihnya negara-negara Eropah.

    Menurutnya budaya, pengembaraan dan alam semula jadi (CAN) merupakan produk pelancongan utama Sarawak. – Sarawakiana
  • No Comment to " 5.25 Juta Pelancong Disasar Ke Sarawak Tahun Ini "