• 5 Pejuang BIFF Terbunuh Dibedil Tentera Filipina

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    MANILA: Lima anggota kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dan seorang anggota tentera terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina semalam.

    Jurucakap tentera, Kapten Arvin Encinas berkata, tentera kerajaan membedil selama lima jam menggunakan pesawat dan meriam terhadap 50 anggota BIFF sehingga memaksa mereka berundur.

    Sabtu lalu, kira-kira 50 anggota BIFF menyerang perkampungan Maitumaig, sebuah kampung terpencil di bandar Datu Unsay, wilayah Maguindanao, selatan Filipina.

    Encinas berkata, walaupun kumpulan itu kecil namun menjadi ancaman di rantau ini.

    “Mereka mempunyai cukup anggota untuk melakukan kekejaman dan aktif melatih anggota baharu,” katanya.

    Sejak Ogos tahun lalu, pihak tentera dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah bekerjasama meningkatkan operasi menentang BIFF.

    MILF menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada 2014 namun BIFF yang merupakan kumpulan serpihan MILF menentang perjanjian tersebut.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 5 Pejuang BIFF Terbunuh Dibedil Tentera Filipina "