• 5 Cawangan PBB Sedia Bantu Rampas Lanang, Sibu

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    "Kita akan tunggu arahan siapa calon BN (Barisan Nasional) untuk kedua-dua kerusi Lanang dan Sibu berkenaan.

    "Kita sudah bersedia untuk membantu dan akan menyokong siapa pun calon BN tersebut," kata Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Nangka Dr Annuar Rapa'ee.

    Menurutnya, lima cawangan PBB iaitu Nangka, Bawang Assan, Pelawan, Dudong dan Bukit Assek sedia membantu sesiapa sahaja calon BN yang bakal diletakkan di kedua-dua kerusi tersebut.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, kelima-lima cawangan bersiap sedia membantu calon BN di Lanang dan Sibu.

    Tambahnya, peratusan keluar mengundi di kawasan PBB amat penting bagi memastikan kemenangan di kedua-dua kerusi Lanang dan Sibu.

    "Apa yang pasti, untuk menang di Lanang dan Sibu peratusan keluar mengundi haruslah tinggi," ujarnya.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menjelaskan, walaupun jentera BN belum ditubuhkan namun jentera parti sudah bersedia sepenuhnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 5 Cawangan PBB Sedia Bantu Rampas Lanang, Sibu "