• 4 Maut Gelombang Sejuk Di Utara India

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+

    NEW DELHI – Gelombang sejuk yang melanda Uttar Pradesh di utara India telah mengorbankan empat nyawa dalam tempoh 12 jam lepas, kata seorang pegawai pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

    “Kematian dilaporkan di daerah Muzaffarnagar dan Shamli. Sebahagian negeri bersempadan dengan ibu negara India mencatat paras suhu serendah 3.4 darjah Celsius pada malam Khamis dan awal pagi Jumaat,” kata pegawai itu.

    Antara yang maut ialah seorang lelaki berusia 70 tahun dari bandar Miranpur dan seorang lagi berusia 40 tahun dari bandar Jansath.

    Sejak tahun baharu, sebahagian besar utara India termasuk ibu negara dilanda cuaca sejuk melampau dan kabus tebal terutamanya pada waktu pagi. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 4 Maut Gelombang Sejuk Di Utara India "