• 30 Mangsa Banjir Sebuyau Masih Berteduh Di Pusat Pemindahan

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Sebuyau : Seramai 30 mangsa banjir melibatkan lapan keluarga masih ditempatkan di Pusat Permindahan Dewan Kampung Lutong Sebangan Sebuyau sehingga hari ini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, air mulai surut dan ada sesetengah kawasan rendah telah kering.

    Menurutnya, lapan keluarga terbabit terdiri daripada 21 orang dewasa, dua kanak-kanak, dua orang bayi, empat warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) dewasa.

    "Ada diantara mangsa yang telah pulang ke rumah masing-masing manakala mangsa tinggal kawasan yang rendah dan kawasan berhampiran dengan sungai masih berada di pusat pemindahan yang telah disediakan," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " 30 Mangsa Banjir Sebuyau Masih Berteduh Di Pusat Pemindahan "