• 30 kedai, masjid musnah terbakar

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+


    KINABATANGAN: Sederet kedai 30 pintu jenis tidak kekal dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di Kampung Paris 3, dekat sini, awal pagi tadi.

    Tiada kecederaan atau kematian dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata bomba menerima panggilan pada jam 2.34 pagi, sebelum menghantar 13 anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian.

    Katanya, operasi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang terletak 58 kilometer dari lokasi kejadian serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, kira-kira 40 kilometer dari kampung itu.

    "Anggota bomba memadam api menggunakan sumber air terbuka dan air dari pili bomba.

    "Kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 5 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " 30 kedai, masjid musnah terbakar "