• 3 Maut, Penerbangan Batal Di Belanda

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    AMSTERDAM: Tiga terbunuh di Belanda hari ini selepas angin kencang menumbangkan pokok, menerbangkan kenderaan dari jalan raya dan menyebabkan beratus-ratus penerbangan dibatalkan.

    Akibatnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini terpaksa menggantung seketika semua lalu lintas udara hari ini selepas dibadai angin kencang yang mencecah sehingga 140 kilometer sejam di sepanjang pantai.

    Sekurang-kurangnya 260 penerbangan dibatalkan dan terminal lapangan terbang terpaksa ditutup apabila jubin bumbung dilaporkan tercabut.

    Polis berkata tiga penduduk terbunuh akibat dihempap pokok tumbang atau terkena serpihan runtuhan dalam beberapa kejadian berasingan.

    Schiphol kemudian berkata beberapa penerbangan akan disambung semula apabila ribut mula bergerak ke pedalaman, namun mungkin akan tertangguh.

    Di Jerman, pengendali kereta api Deutsche Bahn menggantung semua perkhidmatan di kawasan padat penduduk di negeri barat Rhine - Westphalia Utara, menyebabkan beratus ribu pelancong dan penumpang terkandas.

    "Memandangkan ini memberi kesan kepada banyak perjalanan jarak jauh, ia turut menjejaskan keseluruhan perkhidmatan kereta api, termasuk perjalanan antarabangsa," kata Deutsche Bahn.

    Di Munich, lapan penerbangan domestik Lufthansa dibatalkan, kata pengendali lapangan terbang itu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " 3 Maut, Penerbangan Batal Di Belanda "