• 3 Mati Ditembak Di Pattani

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    PATTANI: Tiga orang awam, termasuk seorang warga emas berusia 73 tahun mati ditembak dalam sebuah rumah di Kampung Bendan Jambu, Mukim Namdan, di Tunyangdaen di wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand.

    Ketua Polis Pattani, Lt Jen Piyawat Chalermsri, berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 7.40 malam semalam waktu tempatan.

    "Hasil siasatan menunjukkan empat lelaki bersenjata menunggang dua motosikal berhenti di depan rumah dan melepaskan tembakan terhadap mangsa," katanya kepada pemberita hari ini.

    Mangsa dikenali sebagai Nasri Chekmaen, 32, Hasanah Hamad, 29, dan Yusuf Niklah, 73.

    Mayat mangsa dihantar ke Tunyangdaen untuk dibedah siasat.

    Polis menemui empat kelongsong peluru 9 milimeter (mm) di lokasi kejadian dan motif masih disiasat. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 3 Mati Ditembak Di Pattani "