• 3 Individu Potensi Wakili PDP Di Saratok

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    Tiga calon berpostensi dari Parti Demokratik Progresif (PDP) bakal merebut kerusi Parlimen Saratok pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, sumber memberitahu tiga calon berkenaan adalah Subeng Mula dan Basil Thomas yang merupakan usahawan dan Dr James Chella seorang pakar perubatan.

    Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata calon yang dipilih adalah berdasarkan maklum balas dan sokongan daripada akar umbi.

    Tiong berkata PDP akan mengumumkan calon yang terpilih semasa perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Jabu, Ng. Senulau pada esok hari.

    "Di BN, presiden parti itu hanya boleh mengumumkan calon pilihan 'atau pilihan' parti, tetapi terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan terakhir," katanya.

    Menurutnya, apa-apa sahaja boleh berlaku di saat-saat akhir pada hari percalonan kerana pengerusi BN negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan pengerusi BN negeri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membuat perubahan minit terakhir.

    Pada bulan lalu, mesyuarat majlis tertinggi PDP telah memutuskan untuk mengekalkan semua penyandangnya untuk Baram (Anyi Ngau), Bintulu (Tiong) dan Mas Gading (Datuk Anthony Nogeh) untuk bertanding pada PRU14.

    PDP, yang sebelum ini adalah Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), memenangi kesemua empat kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum 2013, termasuk Saratok, yang dimenanginya oleh Tan Sri William Mawan Ikom. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 3 Individu Potensi Wakili PDP Di Saratok "