• 3 Hari Tidur Bersama Mayat

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    NEW DELHI: Tiga wanita termasuk seorang yang hamil tujuh bulan terpaksa tidur selama tiga hari bersama mayat ahli keluarga yang mati dalam satu nahas jalan raya kerana tidak mampu membayar kos pengebumian.

    Palam yang patah kaki dalam kejadian itu turut kehilangan anak perempuannya Anajali, 3, yang juga tidak dapat dikebumikan, malah dia sendiri tidak mampu mendapat rawatan untuk kecederaannya.

    Seorang lagi wanita yang hamil tujuh bulan, Neelam, 21, juga menghadapi masalah sama dan terpaksa bermalam bersama mayat suaminya, Mohinder, 23.

    “Mayatnya di depan saya tetapi saya tidak mampu berbuat apa pun,” katanya kepada Hindustan Times.

    Seorang lagi, Bhola, yang abangnya turut maut dalam kejadian itu berkata: “Kami terpaksa tidur bersama mayat ini supaya haiwan liar tidak memakannya. Kami terlalu miskin dan tidak mampu mengebumikan mendiang.”

    Beberapa keluarga miskin dari Lambra itu terbabit dalam satu kemalangan ketika mahu menghadiri sambutan sempena Tahun Baru di kuil berhampiran.

    Dalam kejadian itu, beca bermotor dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain. Pemandu mereka maut dan sudah dikebumikan, namun empat mayat masih tidak dapat disempurnakan.

    Susulan itu, Palang Merah memberikan mereka Rs4,000 (RM253) untuk membeli keranda dan berjanji membantu mereka mengebumikan mayat berkenaan. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " 3 Hari Tidur Bersama Mayat "