• 27 Projek RTP Dilaksanakan Di Kawasan Tupong Pada 2017

    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+

    KUCHING : Sebanyak 23 projek daripada 27 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong telah diluluskan pada 2017.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, dari 27 projek yang telah dipohon, sebanyak empat projek masih lagi dalam proses kelulusan dari unit Perancangan Kewangan Negeri, sementara 23  sudah diperingkat perlaksanaan.

    Menurutnya, projek RTP pada tahun lepas (2017) kebanyakan belum siap dan dijangka ada beberapa juga projek besar yang memerlukan masa untuk disiapkan sehingga pada tahun 2018.

    "Bagaimanapun, bagi projek yang mengambil masa yang panjang untuk disiapkan seperti surau berkemungkinan dapat disiapkan penghujung tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Sarawakiana.

    Pada tahun lepas, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi menyediakan projek kecil dan besar di DUN Tupong.

    “Ini termasuklah pembinaan surau, taman permainan, infrastruktur seperti parit dan jalan serta jambatan,” ujarnya.

    Fazzrudin turut memaklumkan jumlah keseluruhan bagi 27 buah projek yang bakal dilaksanakan sebanyak RM5 juta.

    Kerajaan Negeri Sarawak menyalurkan peruntukan sebanyak RM5 juta setiap tahun kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi melaksanakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menyelesaikan permasalahan rakyat yang berkaitan dengan kemudahan asas. - Sarawakiana
  • No Comment to " 27 Projek RTP Dilaksanakan Di Kawasan Tupong Pada 2017 "