• 22 Februari Tarikh Sebut Semula Kes Bunuh Anak Kekasih

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    MIRI: Sebutan semula kes bunuh anak kekasih di sini ditetapkan 22 Februari depan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Mahkamah Majistret menetapkan tarikh tersebut ketika tertuduh Yap Kak Min,33 berasal dari Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah pada hari ini.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi hingga jam 5.50 petang 9 Januari lalu, tertuduh telah bertengkar dan bertindak mencekik mangsa sehingga menyebabkan kematian Nasreen Chai 13 tahun.

    Baca: Gadis Ditemui Mati Dalam Bonet Kereta, Kekasih Ibu Ditahan Di Miri

    Jika sabit kesalahan tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan dikenakan hukuman mati mandatori .-Sarawakiana
  • No Comment to " 22 Februari Tarikh Sebut Semula Kes Bunuh Anak Kekasih "