• 200 Ahli PKR Umum Keluar Parti

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+


    Lebih 200 ahli PKR di Pulau Pinang mengumumkan keluar parti dan mendakwa perjuangan parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Aziziahyang telah tersasar daripada landasan.

    Tindakan itu diketuai bekas penolong ketua Cabang PKR Jelutong, Lim Boon Miin.

    Pada masa sama, kesemua mereka menyerahkan borang keanggotaan mereka kepada parti Parti Bersatu Malaysia (MU).

    Mengulas lanjut, Boon Miin yang menyertai PKR sejak 2008 berkata, perjuangan ‘Reformasi’ yang dilaungkan sudah menyimpang dari landasan awalnya, selepas PKR mula bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya.

    “Apa gunanya kami berada dalam PKR apabila suara kami tidak didengari ?

    “Kami kecewa dan perkara terbaik untuk kami lakukan adalah meninggalkan parti dan melawan dari luar,” katanya hari ini di Georgetown.

    Sementara itu, presiden MU, Tan Gin Theam berkata semakin ramai ahli keluar parti dan menolak Pakatan Harapan (PH) membuktikan mereka semakin sedar bahawa gabungan itu akan mati.

    “Kesedaran mereka berpunca daripada fakta bahawa DAP menjadi autokratik dan diktator dalam keputusannya, dan sentiasa membuli serta menindas rakan Pakatan Harapan mereka,” katanya.-tv14

    Subjects:

  • No Comment to " 200 Ahli PKR Umum Keluar Parti "