• 20 Minit Bawa Turun Wanita Seberat 200kg

    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+


    SEREMBAN – Enam anggota bomba mengerah kudrat selama 20 minit membawa turun wanita seberat 200 kilogram (kg) yang tidak dapat berjalan di rumahnya di Taman Bandar Seremban Selatan di sini, kelmarin.

    Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBPD) Senawang Amer Abu Kassim berkata, pada jam 6 petang, wanita berusia 31 tahun itu mengadu sakit pinggang.

    Katanya, keluarganya menghubungi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, sebelum dua kakitangan hospital tiba untuk membantu.

    “Biarpun begitu, mereka gagal membawa turun wanita itu dari tingkat satu dan membuat panggilan kepada pihak bomba jam 6.17 petang,” katanya. – myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " 20 Minit Bawa Turun Wanita Seberat 200kg "