• 2 Rumah Panjang Di Sibu Dapat Alat Pemadam Api Hyprex

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+
    gambar hiasan

    SIBU: Projek perintis alat pemadam api mudah alih Hyprex di dua buah rumah panjang dekat sini akan dilancarkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Komuniti UPP Sibu Datuk Andrew Wong berkata, alat pemadam api Hyprex tersebut menggunakan teknologi Switzerland yang mempunyai jangka hayat maksimum sehingga lima tahun dan ia amat mudah digunakan.

    Menurutnya, selepas tiga tahun alat pemadam api berkenaan perlu diperiksa untuk menentukan sama ada ia masih lagi boleh digunakan atau tidak.

    “Kita akan memberi tunjuk ajar cara memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api Hyprex ini yang amat mudah digunakan.” katanya.

    Sebanyak dua buah rumah panjang iaitu Rumah Lidwina Mathew di Nanga Tutus dan sebuah lagi rumah panjang di kawasan Dudong akan diberikan alat pemadam api berkenaan sebagai percubaan.

    Tambah Wong, alat pemadam api berkenaan turut dibekalkan di setiap rumah panjang yang telahpun dikenalpasti mempunyai dan tidak mempunyai pili bomba.

    Jelas Wong peruntukkan sejumlah RM1 juta yang diperuntukkan dibawah Rancangan Sibu 1 (RS1) itu adalah bagi menyedia dan membekalkan alat pemadam api, terutama di kawasan luar bandar.-Sarawakiana
  • No Comment to " 2 Rumah Panjang Di Sibu Dapat Alat Pemadam Api Hyprex "