• 2 Nyaris Maut Motosikal Terbabas Di Jalan Diplomatik

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+
    foto ihsan Bomba
    KUCHING: Dua lelaki nyaris maut apabila motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di Jalan Diplomatik berdekatan Yayasan Sarawak.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan kendiri pada jam 9.54 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati dua mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan lanjut dengan menggunakan Jentera EMRS dan Ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM)." katanya.

    Sehingga berita ini ditulis, keadaan mangsa masih belum diketahui.-Sarawakiana
  • No Comment to " 2 Nyaris Maut Motosikal Terbabas Di Jalan Diplomatik "