• 2 Lelaki Dipenjara Kerana Hina Polis

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    BEIJING: Dua lelaki dipenjara di China kerana menghina seorang anggota polis dan menyiarkan maklumat peribadinya dalam talian selepas video pegawai itu memukul anjing hingga mati mencetuskan kemarahan netizen.

    Dua lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara lima hari Sabtu lalu, kata biro polis Changsha di wilayah tengah Hunan dalam akaun media sosial rasmi Weibo.

    Biro berkata, seorang daripada lelaki terbabit menyiarkan alamat dan gambar rumah anggota polis itu dalam talian, sementara seorang lagi 'secara terang-terangan' menghinanya.

    Anggota polis dengan nama keluarga Chen itu dirakam membunuh anjing baka 'Golden Retriever' di kawasan pejalan kaki sambil disaksikan orang ramai menerusi video yang dimuat naik dalam talian bulan lalu.

    Rakaman kamera pengawasan polis menunjukkan, anjing itu menyerang sekurang-kurangnya empat orang.

    Biro tempatan di Tianxin berkata, ketiadaan senapang pelali dan gagal mengesan pemilik haiwan menyebabkan Chen dan seorang pegawai lain memutuskan memukul hingga mati haiwan itu 'bagi menghalangnya mencederakan lebih ramai pejalan kaki.' -AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Lelaki Dipenjara Kerana Hina Polis "