• 2 Lagi Sekolah Di Sarawak Ditutup

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    MIRI: Dua buah sekolah rendah lagi ditutup di Sarawak berikutan banjir menjadikan jumlah keseluruhan lima buah sekolah tidak beroperasi hari ini.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dua buah sekolah yang ditutup itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bon di Sibu dan SK Rumah Ranggong di daerah Subis, Miri.

    “SK Nanga Bon mempunyai seramai 64 murid,12 guru dan tiga kakitangan pentadbiran manakala SK Rumah Ranggang mempunyai seramai 92 murid,13 guru dan enam kakitangan pentadbiran,” katanya dalam kenyataan tengah hari ini.

    Pada sebelah pagi, JPBNS melaporkan tiga buah sekolah rendah ditutup iaitu SK Kuala Kenyana di Mukah serta SK Sungai Bong dan SK Kuala Bok,kedua-duanya di Baram Miri melibatkan keseluruhan 223 murid.

    Dengan penutupan dua buah sekolah lagi menjadikan 379 murid yang tidak dapat bersekolah hari ini.- Bernama



  • No Comment to " 2 Lagi Sekolah Di Sarawak Ditutup "