• 2 Beranak Disemadikan Dalam 1 Liang Lahad

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Jenazah dua beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas sekolah dan treler di Kilometer 12, Jalan Pesisir Bintulu-Miri semalam selamat disemadikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolong 1, Matang di sini hari ini.

    Kira-kira 200 ahli keluarga dan rakan mangsa hadir memberi penghormatan terakhir kepada mangsa sebelum kedua-dua jenazah dikebumikan pada pukul 11.25 pagi.

    Sebelum itu, jenazah Remnelan Samat, 55, dan anaknya, Nurnadia Syakila, 9, yang dibawa pulang dari Hospital Bintulu malam tadi tiba di Kampung Kolong 1, Matang di sini kira-kira pukul 10.30 pagi.

    Kosmo! hari ini melaporkan gara-gara treler bawa muatan besi rosak, dua murid dan pemandu bas mati dalam keadaan menyayat hati apabila badan masing-masing ditusuk batang paip besi yang menembusi bas dinaiki mereka dalam kejadian di Kilometer 12, Jalan Pesisir Bintulu-Miri di sini.

    Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi, tiga mangsa yang terkorban ialah Remnelan Samat, 55, Aien Laila Alesha Abdullah, 11, dan Nurnadia Syakila, 9.

    Remnelan dan Aien Laila mati di lokasi kejadian manakala Nurnadia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bintulu. K! ONLINE
  • No Comment to " 2 Beranak Disemadikan Dalam 1 Liang Lahad "