• 14 maut nahas bas, teksi di Algeria

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+


    ALGIERS: Empat belas orang maut manakala 22 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan teksi, di sini.

    Sumber pihak berkuasa memberitahu, kejadian nahas berlaku di Sfid, lebuh raya yang menghubungkan Saida di barat laut Algeria dan El Bayadh.

    Kemalangan jalan raya meragut kira-kira 4,000 nyawa setiap tahun di Algeria, sebahagian besarnya disebabkan keadaan jalan raya yang berbahaya dan sikap pengguna yang enggan mematuhi undang-undang. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 14 maut nahas bas, teksi di Algeria "