• 13 penumpang bas terkorban tanah runtuh di Colombia

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    BOGOTA 22 Jan. - Seramai 13 penumpang bas terkorban termasuk seorang bayi selepas bas yang dinaiki tertimbus akibat tanah runtuh di kawasan pergunungan dekat bandar Tuquerres di Narino, barat daya Colombia, semalam.

    Menurut seorang anggota polis, Fernando Montana, setakat ini anggota penyelamat telah menemukan 13 mayat penumpang terbabit.

    Mereka masih lagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat untuk memastikan tiada lagi kenderaan yang terperangkap dalam kejadian berkenaan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 13 penumpang bas terkorban tanah runtuh di Colombia "