Browsing "Older Posts"

  • RON95, RON97 Naik 20 Sen, Diesel Naik 10 Sen

    By Yusz Man → Tuesday, 31 January 2017

    PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 20 sen seliter, manakala diesel naik 10 sen mulai tengah malam Selasa.

    Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baharu bagi RON95 berkuatkuasa 1 Februari ialah RM2.30 seliter manakala RON97 RM2.60 seliter.

    Beliau berkata, harga runcit baharu bagi diesel pula ialah RM2.15 seliter.

    Harga runcit petrol sepanjang Januari bagi RON95 ialah RM2.10, RON97 RM2.40 seliter dan diesel RM2.05 seliter.-mStar

  • Indonesia Anggap Trump Langgar Hak Asasi Manusia

    By Azmin Ramlie →
    Indonesia Anggap Trump Langgar Hak Asasi Manusia
    JAKARTA – Indonesia menganggap tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melarang rakyat dari tujuh negara Islam memasuki negara itu sebagai satu pelanggaran hak asasi manusia.

    Media-media dalam talian tempatan hari ini memetik Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Fahri Hamzah sebagai berkata tindakan itu jelas menunjukkan kegelisahan Trump terhadap umat Islam.

    Katanya, dalam piagam antarabangsa telah termaktub mengenai kebebasan imigresen dan larangan memasuki negara itu tidak wajar jika dikaitkan dengan kepercayaan agama.

    Beliau berkata arahan baharu Trump itu membuktikan tahap pemikiran Amerika Syarikat kini telah menurun dan negara berkenaan tidak lagi boleh dijadikan sebagai rujukan sebuah negara yang benar-benar mengamalkan sistem demokrasi, hak asasi manusia dan pasaran ekonomi.

    Trump pada Jumaat lepas dilaporkan mengeluarkan larangan pengeluaran visa terhadap tujuh negara Islam iaitu Iraq, Iran, Syria, Libya, Yaman, Sudan dan Somalia.

    Semalam Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dipetik oleh media tempatan sebagai berkata negara itu sangat kesal dengan arahan imigresen di bawah pentadbiran Trump.

    Katanya, walaupun ia adalah sesuatu yang tidak wajar namun Indonesia tetap menghormati peraturan dan undang-undang sesebuah negara dan meminta rakyatnya di Amerika Syarikat supaya tenang dan tidak gelisah kerana arahan itu tidak melibatkan Indonesia.

    Indonesia adalah negara paling ramai umat Islam di dunia dengan lebih 80 peratus daripada hampir 300 juta rakyatnya beragama Islam. – BERNAMA
  • Ringgit Ditutup Tinggi

    By Azmin Ramlie →
    KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas mata wang Amerika Syarikat itu merosot berikutan kebimbangan yang timbul akibat pendirian tegas Donald Trump ke atas dasar imigresen, kata peniaga. 

    Pada 6 petang, mata wang itu didagangkan pada 4.4280/4310 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4330 yang direkodkan Jumaat lalu. 

    Seorang peniaga berkata, prestasi ringgit juga sejajar dengan kebanyakan mata wang membangun Asia yang lain, semuanya naik berbanding dolar. 

    "Terdapat ketidaktentuan dalam pasaran yang berpunca daripada dasar Trump serta kesannya ke atas unjuran ekonomi AS.

    "Arahan beliau ke atas pengharaman sementara kemasukan pelarian dan rakyat dari tujuh negara Islam memberi kesan ke atas dolar AS," katanya. 

    Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali pound British. 

    Ia susut berbanding yen kepada 3.8897/8930 daripada 3.8522/8565 yang dicatatkan Jumaat lalu, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1212/1244 daripada 3.1046/1078 dan turun berbanding euro kepada 4.7415/7460 daripada 4.7370/7411. 

    Mata wang tempatan itu menokok berbanding pound British kepada 5.4965/5020 daripada 5.5588/5643 sebelum ini. - BERNAMA
  • Kes Culik Budak Guna Van Putih Kembali Hangat

    By Azmin Ramlie →
    Kes Culik Budak Guna Van Putih Kembali Hangat
    APABILA sebut mengenai kes penculikan kanak-kanak, sudah tentu bayangan van berwana putih akan muncul di fikiran.

    Kenderaan tersebut sering dikaitkan dengan kes penculikan kanak-kanak kerana terdapat beberapa siri kes cubaan culik membabitkan van itu sehingga menjadi tular di media sosial.

    Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mendakwa cuba diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, Selangor awal pagi tadi.

    Kejadian tersebut menjadi tular susulan abang mangsa yang menggunakan akaun Facebook ID Ris berkongsi mengenai insiden tersebut.

    Menerusi perkongsian tersebut, mangsa Muhammad Arifuddin Hussin, 11 tahun yang dalam perjalanan pulang dari masjid dengan menunggang basikal ke rumahnya di Kampung Endah, Banting, kira-kira 9.30 malam diculik sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan menaiki van berwarna putih.

    Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dari Indah Perdana dengan menggigit tangan suspek sebelum pulang ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

    Media tempatan melaporkan, Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat menerima laporan tersebut dan meminta orang ramai untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

    Khamis lalu, satu lagi insiden cubaan culik berlaku di Pandamaran, Klang, Selangor apabila kanak-kanak lelaki mendakwa diseret dua lelaki dengan menaiki motosikal.

    Ketika kejadian budak lelaki berusia 10 tahun itu sedang bermain di hadapan rumah sebelum didatangi dua lelaki mengheretnya dengan motosikal jenis LC berwarna biru.

    Kejadian cubaan culik ini boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun di kawasan rumah yang berpagar dan ibu bapa dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan keadaan persekitaran bagi memastikan anak-anak tidak menjadi mangsa culik. – MYNEWSHUB.CC
  • SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa

    By Azmin Ramlie →
    SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa
    KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Tan Sri Annuar Musa.

    SPRM menegaskan siasatannya hanya bertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan Annuar dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

    Agensi antirasuah itu berkata siasatan berhubung dakwaan salah tadbir urus pula akan dijalankan pasukan audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    “SPRM akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menyiasat beberapa isu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa (melibatkan) Tan Sri Annuar Musa,” kata badan itu dalam kenyataannya.

    SPRM dalam pada itu meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada badan tersebut dalam menjalankan siasatannya.

    MARA hari ini menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd. (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

    Keputusan sebulat suara berhubung penggantungan tugas Annuar itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anggota Majlis MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob di ibu pejabat agensi tersebut di sini.

    Yusof dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata penggantungan dibuat bagi membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors. – BERNAMA
  • Banduan Penjara Jakarta Tebuk Dinding Guna Skru

    By uMieySurianie →


    JAKARTA: Sekumpulan banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara Cawang, Jakarta timur baru-baru ini menggunakan skru untuk menebuk dinding pusat tahanan berkenaan.

    Jurucakap polis, Eko Daniyanto berkata, dua daripada tujuh banduan yang melarikan diri itu mengambil masa lebih dua bulan menebuk dinding bilik mandi di sel tahanan mereka.

    “Perancang utama tindakan ini adalah seorang banduan yang dikenali sebagai Amirudin dan dibantu seorang rakannya, Ricky Felani.

    “Mereka mengikat skru pada sebatang kayu sebelum mula menebuk dinding penjara untuk melarikan diri,” katanya yang dipetik Kompas.com

    Menurutnya, kedua-dua banduan berkenaan membuat lubang itu pada setiap hari pada jam 2 pagi hingga 3 pagi ketika kebanyakan tahanan lain sedang tidur.

    “Setiap hari mereka menebuk lubang itu secara perlahan-lahan dan menutupnya kembali bagi mengelak ia dikesan.

    “Apabila lubang itu cukup besar, dua banduan itu kemudian mengajak banduan lain di dalam sel untuk melarikan diri,” jelasnya.

    Semua banduan berkaitan dadah itu melarikan diri pada 24 Januari lalu dengan menebuk dinding penjara dan memanjat tembok.

    Bagaimanapun, enam banduan itu termasuk Amirudin dan Ricky berjaya ditangkap semula beberapa hari selepas mereka melarikan diri.

    Polis memburu seorang lagi banduan dikenali sebagai Anthony Medan yang masih bebas.- Agensi
  • Pelajar Tembak Jemaah Masjid Di Quebec City Guna AK-47

    By uMieySurianie →


    QUEBEC CITY: Pelajar sebuah universiti di sini, Alexandre Bissonnette, 27, dihadapkan ke mahkamah hari ini, untuk menghadapi tuduhan membunuh enam jemaah masjid ketika solat maghrib di sini, semalam.

    Bissonnette, pelajar jurusan antropologi dan sains politik yang melepaskan tembakan ke arah jemaah, juga menghadapi lima tuduhan cubaan membunuh, kejadian yang dianggap Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sebagai serangan pengganas terhadap masyarakat Islam.

    Menurut AP, ketika dibawa ke mahkamah, tangan Bissonnette yang tidak membuat sebarang pengakuan, kelihatan sedikit menggeletar dan sering tunduk merenung lantai.

    Pelajar Universiti Laval berasal dari Perancis itu menyokong gerakan berhaluan kanan Perancis diketuai Marine Le Pen serta memuji Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Facebook miliknya.

    Bagi Le Pen dan penyokongnya, ‘penghijrahan besar-besaran’ orang Islam dari Afrika Utara mencemarkan tamadun Perancis serta menjadi punca banyak masalah di Perancis.

    Kanada mengalu-alukan pendatang tanpa mengira bangsa dan agama namun wilayah Quebec yang majoriti penduduknya berbahasa Perancis tidak begitu terbuka terhadap kebebasan kaum dan beragama malah kerajaan yang memerintah wilayah itu sebelum ini, pernah mencadangkan pengharaman simbol agama, termasuk hijab di institusi awam.

    Bissonnette ditahan awal semalam, selepas menelefon polis untuk menyerah diri dan polis menemui dua raifal AK-47 dalam keretanya.

    Polis turut menahan seorang lagi, Mohamed el Khadir berasal dari Maghribi namun dia kini hanya sebagai saksi dan pihak berkuasa yakin Bissonnette bertindak sendirian.

    Mohamed el Khadir ditahan di masjid berkenaan manakala Bissonnette melarikan diri ke bandar Ile d'Orleans berhampiran namun 20 minit kemudian menelefon polis untuk menyerah diri.

    Superintendan Polis Diraja Kanada, Martin Plante, berkata pihaknya akan menjalankan soal siasat serta siasatan lanjut bagi memastikan motif serangan.

    Enam lelaki berusia antara 39 hingga 60 tahun terbunuh dalam serangan itu dikenali sebagai Boubaker Thabti dari Tunisia; peniaga daging Azzedine Soufiane; profesor di Universiti Laval, Khaled Belkacemi; petugas masjid Ibrahima Barry serta sepupunya Mamadou Tanou Barry dan pekerja kerajaan, Abdelkrim Hassen.

    Lima lagi cedera parah dan masih dirawat di unit rawatan rapi manakala 12 lagi cedera ringan.- Harian Metro
  • Berita Harga Minyak Naik Februari Belum Sah - PDAM

    By Yusz Man →

    PETALING JAYA: Khabar angin kenaikan harga minyak mulai 1 Februari ini belum dapat disahkan, kata Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

    Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Azizi berkata, pihaknya maklum berkaitan penyebaran maklumat mengenai kenaikan harga minyak di sosial media, bagaimanapun setakat ini ia belum dapat disahkan.

    Bagaimanapun, tambah beliau, PDAM sememangnya menjangka berlaku kenaikan harga untuk bulan depan.

    "Berdasarkan kiraan dan ramalan, akan berlaku kenaikan harga minyak pada Februari ini.

    "Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak pada kerajaan. Kadar sah akan hanya diketahui secara rasmi selepas pukul 8 malam nanti," katanya.

    Sepanjang bulan ini, harga RON95 adalah RM2.10 setiap liter, RON97 (RM2.40) dan diesel pada harga RM2.05.

    Mesej yang disebarkan mendakwa RON95 akan naik 15 sen pada Februari ini, manakala RON97 pula naik lima sen kepada RM2.45 dan diesel pula naik 20 sen.

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan sistem apungan harga minyak mulai 1 Disember 2014 susulan pemotongan subsidi.-mStar

  • Menyamar Pelanggan ‘Beli’ TV, Tuntut Ganti Rugi RM1,835

    By Azmin Ramlie →
    Menyamar Pelanggan 'Beli' TV, Tuntut Ganti Rugi RM1,835
    SEBUAH kedai mengalami kerugian £330 pound (RM1,835) setelah ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan mereka.

    Menurut sebuah laman antarabangsa, kejadian itu berlaku di sebuah kedai bernama Aldi di Wragby, Lincoln, United Kingdom pada 2 Januari lalu.

    Seorang lelaki pertengahan umur yang tidak diketahui identitinya telah mengambil satu kotak Smart TV bersaiz 49 inci dan membawanya ke kaunter pembayaran, lalu meminta wangnya dikembalikan.

    Laman itu tidak menyatakan mengapa individu lelaki itu bertindak mengembalikan televisyen yang ‘dibelinya’ itu.

    Apabila juruwang premis itu meminta resit pembelian, suspek dengan yakinnya berjalan menemui pengurus kedai itu dan dilihat bersalam dengannya sebelum kembali ke kaunter.

    Melihat aksi tersebut, juruwang itu menyangka pengurusnya membenarkan lelaki itu menuntut pengembalian wang tanpa memerlukan resit pembelian, lalu menyerahkan wang sebanyak £329.99 pound (RM1,835) kepadanya.

    Suspek dengan selamba berjalan keluar dari premis tersebut bersama wang yang ditipunya.

    Namun tidak lama kemudian, juruwang berkenaan sedar bahawa dia telah ditipu, lalu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

    Polis telah mendapatkan gambar suspek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, tampil membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC
  • Rogol Anak Tiri, Penjawat Awam Kena Jel 18 Tahun

    By Yusz Man →

    PETRA JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan terhadap seorang penjawat awam yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol anak tirinya.

    Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad selepas tertuduh berusia 54 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan.

    Lelaki itu mengaku melakukan kesalahan itu di kuarters kerajaan di Batu Lintang di sini pada 3 Januari lalu terhadap anak tirinya yang berusia 17 tahun.

    Pada 25 Januari lalu, satu lagi Mahkamah Seysen di sini menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa yang sama sejak 2015.

    Berikutan keputusan penghakiman hari ini, tetuduh kini perlu menjalani hukuman penjara selama 78 tahun dan 35 sebatan.

    Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Tertuduh masih menghadapi tiga pertuduhan merogol mangsa yang sama dengan 13 Februari depan ditetapkan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman untuk satu pertuduhan manakala 16 Februari untuk pengurusan kes bagi dua lagi pertuduhan.

  • 8 Pondok Kupon Di Kuching Terbakar Dipercayai Perbuatan Khianat

    By Yusz Man →

    KUCHING: Sebanyak lapan pondok kupon parkir sekitar bandar ini terbakar dipercayai perbuatan khianat yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

    Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Nor Hisham Mohammad, lapan kes kebakaran melibatkan pondok parkir dilaporkan sepanjang tiga malam berturut-turut.

    ” Lapan kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tiga malam berturut-turut, iaitu dari 29 hingga 31 Jan.

    "Satu kes kebakaran pondok itu berlaku pada 29 Jan dan masing-masing empat dan tiga kes semalam dan awal pagi tadi." katanya.

    Beliau berkata, pondok-pondok kupon yang terbakar ialah di Padang Pasir Jalan Masjid, Jalan Padungan, bersebelahan Bangunan Hock Seng Lee, bersebelahan bangunan BSN Satok dan berhampiran Bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

    Beberapa pondok kupon, belakang bangunan KFC Satok, berhampiran kedai Siang-Siang Jalan BDC dan berhampiran RHB Bank Spring Shopping Mall.

    Nor Hisham menjelaskan, pihaknya sudah menyerahkan segala butiran kejadian kebakaran kepada pihak polis untuk semakan kedudukan kes.

    Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Wahab Abang Julai berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai sebab berlakunya kejadian tersebut kerana sebelum kejadian tiada sebarang ancaman diterima.

    "Saya tidak tahu sebab. Kami tidak menerima sebarang ancaman sebelum ini.

    "Kita menyerahkan kepaada polis untuk menyiasat," katanya.-Sarawakiana
  • 'Nasi Lemak Aiskrim' Hasil Inovasi Gadis Cina

    By uMieySurianie →


    Nasi Lemak Aiskrim, bunyinya kedengaran agak janggal dan pelik namun makanan kegemaran rakyat Malaysia ini berjaya diinovasikan oleh seorang gadis, yang menghasilkan aiskrim perisa nasi lemak.

    Melissa Tan Chia Hui, 25, lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dari Universiti Middlesex, London nekad meninggalkan kerjaya sebagai pereka grafik di sebuah syarikat di Pulau Pinang, untuk menghasilkan produk jenama sendiri, 'Skream Softserve'.

    Melissa yang juga penggemar nasi lemak, berkata tujuannya menghasilkan makanan itu adalah bagi menyuntik inovasi baharu terhadap makanan tradisi Melayu itu yang turut diminati oleh pelbagai kaum di negara ini.

    "Bukan kerana gimik atau ingin mendapatkan perhatian malah jauh sekali ingin digelar hipster.

    "Matlamat saya ialah untuk menghasilkan perisa yang lazat, orang ramai akan menyukainya dan mereka akan berkata, 'oh ini benar-benar aiskrim perisa nasi lemak'.

    "Bagi memastikan menu ini adalah tulen dan merupakan menu istimewa dari kampung halaman kami, saya jadikan ia lebih bersifat tempatan, semua kaum boleh makan," katanya ketika ditemui Bernama di Kafe Diem, di Jalan Penjara Lama, Pekan Cina di sini.

    Walaupun namanya Nasi Lemak Aiskrim, namun ia dihidangkan tanpa nasi, dan di atas aiskrim itu akan ditabur dengan bahan utama yang terdapat pada menu nasi lemak seperti kacang tanah, ikan bilis, sambal, telur (telur puyuh) dan timun.

    Melissa berkata aiskrimnya dihasilkan menggunakan perisa serai dan santan kelapa dan apabila dijamah, rasanya tidak ubah seperti nasi lemak yang sebenar.

    "Kesemua bahan-bahan ini saya hasilkan sendiri dan kesemuanya adalah segar tanpa bahan pengawet atau kimia, saya ambil masa tiga bulan untuk buat kajian terlebih dahulu dan belajar menghasilkan nasi lemak sendiri.

    "Perkara paling sukar saya nak hasilkan ialah sambal, sebab saya perlu buat sambal kering yang ada rasa pedas kerana sambal yang terlalu berminyak tidak sesuai jika dicampurkan bersama aiskrim," katanya.

    Melissa baru sahaja seminggu memulakan perniagaan di kafe tersebut yang merupakan kolaborasi beliau dengan pemilik kafe itu yang menghidangkan kek dan pelbagai jenis kopi.

    "Pada hari pertama saya memulakan jualan, saya berjaya menjual 30 cawan aiskrim nasi lemak, bagaimanapun semalam saya berjaya menjual 144 cawan (harga satu cawan RM10)," katanya dan menambah, permintaan semakin meningkat selepas cuti Tahun Baharu Cina.

    Jelasnya beliau sama sekali tidak mengambil hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial kerana menurutnya, ia merupakan ruang untuk beliau memperbaiki kelemahan.
    "Ramai yang kata saya macam-macam, kerana hasilkan idea seperti ini tapi saya tidak kisah kerana saya tahu ini adalah satu daripada cabaran untuk saya berjaya.

    "Ada yang kata saya tidak waras, ada yang kata rasa makanan ini mungkin meloyakan, tapi apa kata, cuba dulu baru mereka boleh tahu rasanya," katanya.

    Melissa turut berhasrat untuk mewujudkan perniagaan francais atas jenama sulung beliau itu dan berharap agar Tahun Ayam pada tahun ini mampu membawa lebih banyak tuah dan kejayaan pada dirinya.- BERNAMA
  • Penduduk Gempar Buaya Pergi Masjid

    By Dayyan Mikhail →

    SEEKOR buaya sepanjang tiga meter ditemui di perkarangan Masjid Darul Iman, Debak Laut, Sarawak, malam tadi.

    Kewujudan sang bedal itu sekali gus menyebabkan penduduk kampung berasa cemas.

    Difahamkan buaya berkenaan dipercayai tersesat ke darat dari Sungai Rimbas.

    Beberapa keping gambar buaya berkenaan turut tersebar menjadi tular gara-gara ramai netizen tertarik dengan tempat buaya itu ditemui.

    Tidak kurang juga, ada yang menjadikan ‘modal’ untuk memberi nasihat dan mengusik rakan-rakan.

    “Buaya pun pandai pergi masjid. Anda bagaimana?” tulis Dinaadoyy

    “Allahu, sedangkan buaya pun tergerak hati nak pergi masjid,” tulis Aiman

    “Buaya pun cari ketenangan kat tempat yang betul, ” usik @faizfathi71 pula.

    Pun begitu, tidak diketahui sama ada buaya berkenaan sudah ditangkap ataupun belum. – MYNEWSHUB.CC
  • Padah Elak Bayar Tiket, Lelaki Maut Dibaham Harimau

    By Dayyan Mikhail →

    SATU insiden ngeri melibat seorang lelaki warga China dibaham oleh harimau di sebuah zoo di negara itu menjadi viral di media sosial selepas video tragedi berkenaan dimuat naik ke laman sosial.

    Sebuah video yang dirakamkan pada Ahad menunjukkan seekor harimau mengheret mangsa yang berlumuran darah di kandang haiwan tersebut di Zoo Ningbo Younger di wilayah Zhejiang.

    Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Zhang dari wilayah Hubei dikatakan telah memanjat pagar zoo berkenaan bersama seorang rakan untuk masuk secara percuma kerana enggan membayar tiket masuk yang berharga 130 yuan (RM83).

    Menurut kenyataan pihak yang menguruskan zoo tersebut menerusi akaun Weibo, Zhang tidak membeli tiket masuk.

    Tambah kenyataan itu, mangsa membawa isteri dan dua anak ke zoo, tetapi ketiga-tiga mereka masuk seperti biasa dengan membayar tiket.

    Televisyen tempatan melaporkan salah seekor harimau telah ditembak mati oleh polis dan tiga lagi harimau berdekatan dihalau menggunakan bunga api.

    Zhang kemudian dikejarkan ke hospital bagaimanapun meninggal dunia di hospital tersebut.

    Susulan insiden tersebut, pihak zoo mengarahkan siasatan dijalankan mengenai bagaimana mangsa boleh memasuki kadang harimau sedangkan kedudukannya dipisahkan dengan parit dan tembok batu setinggi 3 meter itu. – MYNEWSHUB.CC
  • Tragedi Catamaran: Kawasan Carian Diperluas

    By Dayyan Mikhail →

    KOTA KINABALU: Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot pelancong yang karam Sabtu lepas diperluas kepada 3,000 batu nautika persegi hari ini, hari keempat tragedi.

    Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata sebanyak 20 aset udara dan laut terlibat dalam operasi merangkumi lima kapal, tujuh bot dan lapan pesawat milik Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, APMM, Polis Diraja Malaysia dan juga Brunei.

    Pihak berkuasa Brunei menugaskan sebuah helikopter dan sebuah kapal dengan tumpuan operasi di kawasan perairan negara itu, katanya.

    “Pada hari keempat ini kita tumpukan kepada carian di permukaan laut dari udara kerana hari ini adalah hari ‘the golden hour’ (hari-hari terakhir) untuk kita menemukan mereka yang masih hilang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Katanya kawasan carian tertumpu di 30 batu nautika di utara Pulau Labuan menghala ke barat.

    Mengenai peluang mangsa yang masih hilang untuk hidup, Adam berkata APMM pernah menyelamatkan mangsa pada hari ke-10 di laut.

    “Ada banyak faktor yang menyumbang kepada daya tahan badan tetapi dengan keadaan panas, kehausan, kekurangan air dalam badan serta keadaan laut selain kebarangkalian jaket keselamatan tidak dapat bertahan, agar sukar untuk kami pastikan (peluang mangsa bertahan selepas empat hari),” katanya.

    Mengenai percanggahan maklumat berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang sama ada enam atau lima, Adam berkata APMM masih menunggu hasil siasatan polis.

    Percanggahan itu timbul apabila operator bot memberi senarai berbeza dengan senarai yang ada di atas bot semasa kejadian, katanya.

    Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lalu, bot pelancong jenis Catamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal tersebut karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, 56 kilometer di barat laut Kota Kinabalu.

    Setakat ini, 25 mangsa ditemukan termasuk tiga yang maut. – BERNAMA
  • Annuar Musa Digantung Tugas Kes Tajaan TRW, UniKL

    By Dayyan Mikhail →

    KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta hari ini, berkaitan tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan.

    Ahli Majlis MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob, berkata keputusan itu bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap Annuar.

    Katanya mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis MARA hari ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan berkenaan, selaras hasrat agensi dalam memastikan kepentingan dan amanah rakyat sentiasa dipelihara.

    “Hari ini kita bermesyuarat mengenai isu semasa dan keperluan untuk mempertahankan integriti serta pengurusan korporat MARA, justeru Ahli Majlis sebulat suara dalam beberapa keputusan.

    “Kita bersetuju membincangkan isu tajaan MARA melalui PMB dan UniKL terhadap pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

    “Sehubungan itu, MARA terpaksa mengambil tindakan tuntas dengan menggantung tugas Annuar supaya isu ini tidak berlarutan sehingga menyebabkan keyakinan rakyat kepada pengurusan kerajaan semakin terhakis,” katanya dalam sidang media, di ibu pejabat MARA, di sini sebentar tadi.

    Isu berkenaan tercetus selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa MARA dan UniKL mengeluarkan dana bagi menaja TRW.

    Bagaimanapun, Annuar menafikan kedua-dua agensi itu dipaksa menaja pasukan berkenaan, sekali gus menolak kemungkinan wujud salah guna kuasa.

    Ditanya sama ada laporan mengenai isu terbabit akan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yusof berkata langkah itu belum dibincangkan.

    Beliau berkata MARA sebaliknya berhasrat menyelesaikan siasatan dalaman berkenaan sebelum mengemukakan sebarang laporan rasmi kepada SPRM.

    “Biarlah kita buat siasatan dalam rumah sendiri dulu sebelum ajukan perkara ini kepada SPRM jika mendapati wujud salah guna membabitkan Annuar.

    Annuar sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan beliau akur supaya siasatan berhubung isu terbabit perlu dijalankan,” katanya.

    Susulan keputusan itu, Yusof berkata, beliau akan memangku kedua-dua tugas Annuar sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi PMB selepas mendapat persetujuan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob. – Berita Harian
  • Ribut Petir Di Perairan Mukah, Sarawak Hingga Lewat Petang Ini

    By Dayyan Mikhail →
    Gambar Hiasan

    KUALA LUMPUR: Keadaan ribut petir di perairan Mukah, Sarawak dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang dengan kelajuan 50 km sejam serta laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter.

    Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil.-BERNAMA
  • DBKU Serah Kepada Polis Siasat Kebakaran Pondok Kupon

    By Dayyan Mikhail →

    KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kebakaran lapan pondok kupon yang berlaku di bandar raya ini yang berlaku dalam tempoh tiga hari bermula 29 Januari lepas.

    Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Wahab Abang Julai berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai sebab berlakunya kejadian tersebut kerana sebelum kejadian tiada sebarang ancaman diterima.

    "Saya tidak tahu sebab. Kami tidak menerima sebarang ancaman sebelum ini.

    "Kita menyerahkan kepaada polis untuk menyiasat," katanya.

    Kebakaran pertama berlaku di Padang Pasir, Jalan Masjid pada 28 Januari diikuti Jalan Padungan (30 Januari), bersebelahan Hock Lee Centre (30 Januari), bersebelahan bangunan BSN Satok (30 Januari), berhampiran MBKS (30 Januari), belakang KFC Satok (31 Januari), Kedai Siang-Siang, Jalan BDC (31 Januari) dan berhampiran RHB Bank, Jalan Simpang Tiga (31 Januari).-Sarawakiana
  • Pengasas Permainan Video 'Pac Man' Meninggal Dunia

    By uMieySurianie →


    LOS ANGELES: Perintis hiburan arked yang mempelopori permainan video popular 'Pac-Man', Masaya Nakamura meninggal dunia pada usia 91 tahun.

    Beliau mengasaskan syarikat permainan video gergasi Namco dan untuk tempoh 10 tahun, Namco juga menjadi pemilik syarikat filem Nikkatsu.

    Kematian Nakamura direkodkan lebih dari seminggu yang lalu, iaitu pada 22 Januari 2017. Tetapi ia hanya diumumkan oleh Namco pada Isnin di laman webnya yang berbahasa Jepun.

    Belajar di universiti teknikal di Yokohama, Nakamura dilaporkan mengasaskan Namco pada tahun 1955 sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan kuda mekanikal di atas bumbung sebuah pusat beli-belah.

    Selepas Namco digabungkan dengan sebuah lagi firma permainan Jepun, Bandai untuk membentuk Namco-Bandai (kemudian Bandai Namco) pada tahun 2005, Nakamura mengekalkan kedudukan kehormatnya.

    Beliau juga telah diberikan anugerah Order of the Rising Sun, oleh kerajaan Jepun untuk perkhidmatan beliau kepada industri.

    Pac-Man, yang kelihatan seperti sebiji pizza yang sudah dimakan sepotong, dicipta oleh Toru Iwatani dan mula dijual sebagai permainan yang dikendalikan oleh duit syiling pada tahun 1980.

    Ia telah berkembang ke permainan konsol sebelum barangannya dijual secara besar-besaran, dijadikan siri TV, taman tema dan filem.

    Namco juga membeli Nikkatsu pada tahun 1993, sebuah studio filem tertua di Jepun yang pernah terkenal dengan pink-Eiga (genre lucah).- mStar
  • Ketuai PAS Sarawak ngansak KM lengkas mutarka isu tanah

    By Yusz Man →

    KUCHING: Kepala Menteri (KM) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg patut mendingka sebana sereta bejalaika pengawa ke patut ba penanggul ke ditapi rayat kelebih agi peranak menua tu sereta mega penanggul tanah adat orang Melayu ba kandang menua enda jauh ari mengeri diambi ungkup pengawa pemansang.

    Nitih ku Ketuai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak Jofri Jaraiee, peranak tebal agi diau di menua pesisir enggau besemak mengeri betapi enggau pemar dalam arus pemansang ketegal mayuh tanah sida udah diberi ngagai pemaju ngambi dikemansang laban sida nadai ngembuan hak ngempu tanah.

    “Sida tu nyadi kampar ba tanah diri pengudah tanah sida diberi ngagai pemaju alai pemaju ari luar diberi pengelebih nguasa sereta beambi ulih ari tanah sida,” ku iya madah ngagai pengarang berita kemari.

    Ku iya nerang silik, mayuh kes ke bansa nya nyadi di kandang menua Lusut, Tukau Jaya, Pujut Padang Kerbau enggau Kuala Baram, ti kala endur diau sereta diperimba peranak asal Sarawak rambau dipegai perintah Rajah Brooke.

    “Sida minta kasih ngagai perintah ngambika anang ngambi tanah sida sereta diberi ngagai pemaju ungkup pengawa pemansang laban sida mega begunaka tanah endur diau sereta daya pengidup besehari-sehari enggau pengawa betanam betupi,” ku iya.

    Nya alai, iya ngansak piak bekuasa bekaul mansik nama kebuah ke bendar ngujungka tanah Adat Bansa Asal (NCR) enggau Tanah Temuda ulih diempu piak pemaju enggau peribit.

    Tambah mega ku iya, piak bekaul patut meri pemerat sereta berundingka nasib rayat ke lenyau alai diau sebedau meri awak ngagai piak pemaju ke semina ngemeratka penguntung aja nadai berundingka nasit ke nuntung rayat.

    “Opis Tanah enggau Survey patut meri penerang ke tegap nama kebuah sida muntang endar meri hak ngempu tanah menua tu ngagai pemaju enggau dalih ungkup pemansang.

    “Nyauka semua rega rumah dikemansang piak pemaju semina ulih diberi sida ke begaji besai tang orang menua pesisir semina ulih meda aja,” ku iya.

    Berebak enggau nya, Jofri madah mayuh penanggul tanah adat enggau tanah Temuda peranak asal Sarawak agi bedau diberi hak ngempu ari perintah lalu pengujung iya diempu piak peribit enggau pemaju.

    “Pekara ke agi nyadi tanda tanya, nama kebuah pekara tu tau nyadi taja sida udah suah minta pala tanah ari perintah sereta nganti kelalu lama peminta sida diputar, tang nerima berita tanah sida udah diempu piak pemaju enggau peribit,” ku iya.-UB
  • Duterte Akui Polis Filipina Amat Korup

    By Yusz Man →

    MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam menyatakan pasukan polis yang melaksanakan perang antidadah mautnya sebagai amat korup hingga ke tunjangnya, namun melanjutkan kempen tersebut sehingga hari terakhir penggalnya pada 2022.

    Duterte mengumumkan beliau berniat untuk membersihkan pasukan polis, selepas siri skandal menyaksikan anggotanya ditangkap atas pembunuhan, peras ugut dan rompakan dengan perang antidadah dipergunakan sebagai alasan.

    “Kamu sebagai anggota polis adalah yang paling korup.

    “Kamu korup hingga ke akarnya, ia sudah terpahat dalam sistemnya,” Duterte memberitahu wartawan ketika menyelar anggota polis antidadah yang dikatakan mendalangi pembunuhan seorang ahli perniagaan Korea Selatan di ibu pejabat polis negara.

    Duterte menyatakan hampir 40 peratus pasukan polis terlibat dalam aktiviti haram.

    Komennya dibuat tujuh bulan selepas beliau menjawat jawatan dan menugaskan polis sebagai pasukan barisan utama dalam rancangannya untuk menghapuskan dagangan dadah haram yang mengancam menjadikan Filipina sebuah negara narkotik.

    Sejak itu, pihak polis dilaporkan telah menembak mati lebih 2,500 orang yang dituduh sebagai suspek dadah dan seringkali mendakwa mereka terpaksa menembak untuk mempertahankan diri.

    Hampir 4,000 orang lagi mati dalam keadaan yang tidak dapat dijelaskan dengan mayat mereka dilabel sebagai pengedar atau penyeludup dadah, menurut statistik rasmi.

    Sebaik memegang jawatan, Duterte melanjutkan tempoh perang antidadah sehingga Mac ini, namun semalam beliau menyatakan tiada penamat selagi beliau masih berkuasa.

    “Saya akan melanjutkannya hingga ke hari terakhir penggal saya.

    “Mac tidak lagi diambil kira,” terang Duterte.

    Di Filipina, presiden hanya dibenarkan berkhidmat bagi satu penggal enam tahun.

    Selepas komen Duterte dalam sidang media larut malam kelmarin, ketua polis negara Ronald Dela Rosa mengumumkan kesemua unit antidadah akan ditangguhkan ketika ‘operasi pembersihan’ dijalankan.

    “Bagaimana pasukan polis yang korup dan fasis, di mana kekebalan normal, boleh menghapuskan kegiatan jenayah seperti dagangan dadah haram,” menurut Renato Reyes, setiausaha agung BAYAN, pakatan kumpulan aktivis haluan kiri.

    Duterte, peguam yang bersuara lantang, beberapa kali memberitahu pihak polis semasa kempen pilihan raya dan selepas memegang jawatan presiden bahawa beliau akan melindungi mereka daripada pendakwaan sekiranya mereka membunuh orang dalam sebahagian daripada perang antijenayah.

    Beliau turut memberitahu polis ketika parti ulang tahun Dela Rosa bulan ini bahawa beliau akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat dalam aktiviti haram bagi menambah pendapatan.

    “Sertai penyeludupan, asalkan bukan dadah,” jelas Duterte.

    Duterte menyatakan ketika parti itu beliau bersimpati dengan pihak polis kerana mendapat gaji yang amat rendah dan memahami keperluan mereka untuk mendapatkan lebih banyak wang dengan cara lain.

    “Maksud saya, saya bukan menyatakan bahawa anda perlu melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan.

    “Apa yang saya katakan adalah sehingga tiba masa kami (pihak kerajaan) boleh memberi lebih banyak lagi dan terdahulu seseorang menawarkan untuk membantu, terima sahajalah,” saran beliau. — AFP
  • Lelaki Miliki 130 Isteri Meninggal Dunia

    By uMieySurianie →


    Mohammed Bello Abubakar yang berusia 93 tahun dan menjadi idola lelaki (bukan semua) kerana mempunyai 130 orang isteri, telah meninggal dunia di rumahnya di Niger State.

    Penyakit yang dialaminya bagaimanapun tidak diketahui.

    Allahyarham dikebumikan pada Ahad. Mohammed mempunyai 200 anak dan dipercayai beberapa isterinya sedang hamil ketika ini.

    nigeria_20170131_080813

    Pada 2008, Mohammed berdepan dengan kecaman daripada umat Islam yang mendesak dia menceraikan 82 daripada 86 isteri ketika itu dalam tempoh 48 jam kerana ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

    Beliau telah menceraikan 10 orang isteri sebelum ini dan mendakwa memiliki keupayaan untuk mengawal isteri-isterinya itu.

    “Lelaki dengan 10 orang isteri akan rebah dan meninggal dunia, tetapi kemampuan saya diberikan Allah sebab itu saya boleh mengawal 86 orang,” katanya dalam temubual dengan BBC pada 2008.

    Kebanyakan isteri Mohammed memberitahu, mereka tidak mampu menolak lamarannya dan beliau disifatkan sebagai seorang ayah dan suami yang baik.– Mynewshub.cc
  • Aram Ngupi : Terus Beradab, Jangan Kurang Ajar

    By perentas masa →


    Tahun Baru Cina di Sarawak memang meriah dan masih diraikan sehingga hari ini. Kunjung mengunjung sudah menjadi amalan semua kaum di Sarawak.

    Hari ini penulis cuma minum kopi 'O' panas kurang manis di rumah rakan Cina yang membuat rumah terbuka. Kami berdua memang penggemar kopi kurang manis.

    Rakan menulis berkata, tidak menjadi masalah bagi mereka menerima kunjungan tetamu Islam kerana memahami kehidupan masyarakat majmuk.

    Beliau turut menyentuh berkenaan adab yang baik perlu diamalkan selagi hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa adab yang baik, sukar untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat.

    Berkenaan golongan hari ini yang bersikap kurang ajar adalah sesuatu yang melampau. Ia akan mengundang perhubungan yang tidak sihat kepada masyarakat. Hal sebegini perlu dielak kerana tanpa mengambil berat tentang adab, keadaan akan jadi tidak menentu.

    Tambah beliau lagi, kehidupan ini seharusnya mempunyai adab yang baik supaya amalan menghormati orang tua dan masyarakat pelbagai kaum berterusan diamalkan. Bersikap kurang ajar akan membuat individu tersebut akan disisih masyarakat.-Sarawakiana
  • #PrkTjgDatu: Nembiak PBB meri sukung penuh ngagai sebarang chalun dipilih KM

    By Yusz Man →

    KUCHING: Ketuai Pemadah Nembiak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman madahka sida endang nyukung barang sapa ke deka dipilih Kepala Menteri (KM) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ngetanka penuduk Kunsil Nengeri (DUN) Tanjong Datu ba Pengawa Bepilih Mit (PRK) ke deka diatur tengan bulan Februari.

    Fazzrudin, ti mega nyadi ADUN Tupong madah, Kepala Menteri nemu agi ni bagi chalun ke pengabis manah ulih mai pemenang ke besai ungkup Barisan Nasional (BN) ke sitak Tanjong Datu.

    “Barang sapa ke dipilih YAB Ketua Menteri, kami Nembiak PBB tetap nyukung 100 peratus dikena nentuka penuduk Tanjong Datu ulih menang besai (nyema bisi disatup pengari bukai).

    “Kami nadai pinta enti sema chalun ke dipilih YAB Kepala Menteri nya, chalun ari Nembiak tauka chalun bukai, kami tetap meri sukung penuh sapa ke dipilih kepala menteri,” ku Fazzrudin madah lebuh dirandau pengudah bejadika pengawa ‘Reach Out….Give a Little…Bring Change’ di Surau An-Nur, Taman Palma Indah, Matang, semak ditu kemari.

    Pengawa Nganjung Nama ungkup PRK Tanjung Datu deka diatur kena 4 Februari lalu hari ngundi udah ditetapka Komiti Pengawa Bepilih (SPR) kena 18 Februari tu ila. -UB
  • Budak Pokok Di Dhaka

    By Dayyan Mikhail →

    DHAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mengalami penyakit ganji yang menyebabkannya seolah-olah menjalani transformasi perlahan menjadi pokok.

    Budak dikenali sebagai Shahana itu menghidap epidermodisplasia verusiformis sejak berusia enam bulan apabila badannya mula dipenuhi ketumbuhan yang kemudian merebak ke wajahnya terutama di hidung, pipi serta cuping telinga.

    Keluarganya yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil di utara Bangladesh kini mendapat rawatan untuknya di Hospital Kolej Perubatan Dhaka.

    Bagaimanapun, kanak-kanak itu masih ceria dan sentiasa positif, malah rakannya menerima keadaannya tanpa sebarang hukuman.

    Penyakit diwarisi itu jarang berlaku dan mengakibatkan ketuat yang boleh timbul di mana saja pada badan penghidapnya.

    Ia berpunca akibat jangkitan virus HPV dan perlu diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa pesakitnya.

    Setakat ini tiada rawatan berkesan terhadap penyakit itu ditemui namun ada yang mampu mengurangkan keperitan dialami pesakitnya.

    Kisah Shahana didedahkan hanya dua minggu selepas seorang lelaki juga dari Bangladesh, Abul Bajandar, yang turut mengalaminya dilaporkan berjaya dirawat.

    Abul menjalani sekurang-kurangnya 16 pembedahan untuk membuang kira-kira lima kilogram ketumbuhan dari tangan dan kakinya sejak berita penyakitnya tersebar, tahun lalu.

    Doktor percaya dia mungkin orang pertama disembuhkan daripada penyakit itu, asalkan ketuatnya tidak tumbuh semula.-Agensi
  • Guna Skru Tebuk Dinding Penjara

    By Dayyan Mikhail →

    JAKARTA: Sekumpulan banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara Cawang, Jakarta timur baru-baru ini menggunakan skru untuk menebuk dinding pusat tahanan berkenaan.

    Jurucakap polis, Eko Daniyanto berkata, dua daripada tujuh banduan yang melarikan diri itu mengambil masa lebih dua bulan menebuk dinding bilik mandi di sel tahanan mereka.

    “Perancang utama tindakan ini adalah seorang banduan yang dikenali sebagai Amirudin dan dibantu seorang rakannya, Ricky Felani.

    “Mereka mengikat skru pada sebatang kayu sebelum mula menebuk dinding penjara untuk melarikan diri,” katanya yang dipetik Kompas.com

    Menurutnya, kedua-dua banduan berkenaan membuat lubang itu pada setiap hari pada jam 2 pagi hingga 3 pagi ketika kebanyakan tahanan lain sedang tidur.

    “Setiap hari mereka menebuk lubang itu secara perlahan-lahan dan menutupnya kembali bagi mengelak ia dikesan.

    “Apabila lubang itu cukup besar, dua banduan itu kemudian mengajak banduan lain di dalam sel untuk melarikan diri,” jelasnya.

    Semua banduan berkaitan dadah itu melarikan diri pada 24 Januari lalu dengan menebuk dinding penjara dan memanjat tembok.

    Bagaimanapun, enam banduan itu termasuk Amirudin dan Ricky berjaya ditangkap semula beberapa hari selepas mereka melarikan diri.

    Polis memburu seorang lagi banduan dikenali sebagai Anthony Medan yang masih bebas. - Agensi
  • Guna Jeti Haram

    By Dayyan Mikhail →

    KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mengesahkan status Jeti Tanjung Aru yang digunakan pengusaha bot membawa 27 pelancong China pada 28 Januari lalu adalah haram.

    Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata, ini memandangkan hanya tiga jeti saja dibenarkan membawa pelancong di bandar raya ini iaitu Jeti Jesselton Point, Jeti Sutera dan Jeti Shangri-La STAR saja.

    "Siasatan awal kementerian mendapati Jeti Tanjung Aru itu haram memandangkan kita hanya membenarkan aktiviti pelepasan pelancong di tiga jeti saja di bandar raya ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Queen Elizabeth (HQE), hari ini.

    Dalam kejadian Sabtu lalu, sebuah bot pelancong Katamaran yang membawa 27 pelancong dan tiga kru karam di perairan Mengalum.

    Seramai 20 pelancong bersama dua kru bot ditemui nelayan dalam keadaan selamat manakala tiga mangsa meninggal dunia.

    Nasib lima lagi mangsa termasuk seorang kru bot sehingga kini belum ketahui.-myMetro
  • #PrkTjgDatu: PAN sedia nganjung chalun bediri ba DUN Tanjong Datu

    By Yusz Man →
    Rapelson Richard Hamit

    KUCHING:Parti Amanah Negara pampang Sarawak sedia nganjung chalun bediri ba sitak Kunsil Nengeri(DUN) Tanjong Datu enti diberi pemendar ari Pakatan Harapan(PH).

    Kaban Komiti Amanah Nengeri (Sarawak), Rapelson Richard Hamit madah aktivis tanah NCR enggau orang dagang entara sekeda chalun ti diperunding Amanah bediri ngelaban Barisan Nasional(BN) di sitak nya.

    Tajapia iya madah, DAP mega entara ke disebut PH ti deka nganjung chalun ba Pengawa Bepilih Mit(PRK) ke deka diatur kena 18 Februari 2017.

    “PH meseti nganjung pengari ba PRK Tanjung Datu. Kitai deka nyukung bagi parti ti ngarika PH.

    “Entara Amanah tauka DAP deka nganjung chalun ba PRK nya ila, kitai nganti ba maya nganjung nama chalun,”ku iya lebuh dikerandau kemari.

    Ngenang kaul ke sama, Rapelson ke nyadi Chairman Amanah pampang Batang Sadong sereta aktivis tanah NCR madah pemutus sentang parti ti deka ngarika PH deka ditentu ba aum tu ila.

    Aum nya ku iya deka digulu parti dalam PH nengeri iya nya Amanah, PKR, DAP enggau PBDSB diadu pengudah pengerami ngintu Taun Baru China.

    “Pemutus deka ditentu nitihka pemereti semua parti dalam PH. Amanah deka nyukung parti ke dipilih,”ku iya.

    Bedau lama tu tadi Chairman PKR Nengeri, Baru Bian udah netapka parti sida enda nganjung chalun di PRK Tanjung Datu.

    Pemutus nya ku baru dikena meri basa ngagai pengawa manah ke udah digaga ex-ADUN Tanjong Datu ke mega kepala menteri Niang Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

    Komiti Pengawa Bepilih (SPR) bedau lama tu tadi udah netapka hari diak pengawa nganjung chalun PRK Tanjung Datu kena 4 Februari sereta muai undi kena 18 Februari.
  • Kumpulan Pertama Mangsa Bot Karam Tiba Di KK

    By Dayyan Mikhail →

    KOTA KINABALU: Kumpulan pertama mangsa bot karam jenis Catamaran yang turut membabitkan pelancong warga China ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum Sabtu lalu, tiba di sini awal pagi semalam.

    Dua puluh mangsa bersama-sama tiga yang terkorban dalam tragedi itu, tiba di jeti itu menaiki bot nelayan, diiringi kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot polis marin.

    Namun tidak dapat dipastikan sama ada seorang anak kapal, bot itu antara 20 yang terselamat atau yang terkorban.

    Bot nelayan yang membawa kesemua mangsa berlabuh di jeti Pasukan Polis Marin, di sini pada kira-kira jam 1.45 pagi.

    Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah Datuk Pang Yuk Ming; Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar; Konsul Jeneral China di Sabah, Chen Peijie dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

    Anggota polis dan pasukan perubatan terus memberi bantuan perubatan kepada kesemua mangsa sebaik mereka tiba di jeti, sebelum menghantar mereka ke Hospital Queen Elizabeth di sini.

    Dalam tempoh 10 minit, kebanyakan mangsa yang boleh berjalan, dilihat memasuki dua van, manakala selebihnya dibawa ke hospital menaiki ambulans iaitu ambulans pertama meninggalkan jeti itu pada jam 1.59 pagi.

    Suasana di sekitar jeti itu turut menarik perhatian orang ramai untuk melihat kecekapan pihak berkuasa bertugas menyelamatkan mangsa bot karam.

    Oleh kerana kawalan keselamatan yang ketat di pintu masuk jeti, orang ramai serta warga tempatan dan media antarabangsa, hanya dapat melihat dari pusat beli-belah dan kawasan projek pembinaan berhampiran iaitu antara 15 dan 20 meter jaraknya.

    Sementara itu, Shahidan ketika ditemui di pintu masuk jeti berkenaan berkata mayat mangsa dibawa ke hospital dan bedah siasat akan dijalankan.

    “Kami akan memastikan kesemua mangsa mendapat perhatian sepenuhnya dan akan memberi mereka masa untuk pulih daripada trauma sebelum merekodkan keterangan mereka mengenai insiden itu,” kata menteri itu.

    Bot pelancong itu membawa tiga kru dan 28 pelancong dari China, dipercayai karam berikutan cuaca buruk dan laut bergelora pada 10 pagi Sabtu (28 Jan), sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum, lokasi tarikan pelancong kira-kira 56km barat laut Kota Kinabalu.

    Kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, polis menerima maklumat dua kru bot itu diselamatkan di Semarang, berhampiran Labuan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu untuk merekodkan kenyataan mereka.

    Pada jam 6 petang, polis menerima maklumat 20 mangsa bot karam itu diselamatkan oleh bot nelayan juga di Semarang dan tiga mangsa terkorban dalam tragedi berkenaan.

    Enam lagi mangsa masih hilang, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. — Bernama
  • Pembinaan LRT & MRT, Penyelesaian Jangka Masa Panjang Kurangkan Kesesakan Lalulintas

    By Dayyan Mikhail →

    KUCHING: Pembinaan transit aliran ringan (LRT) atau transit aliran massa (MRT) bandar raya ini antara pendekatan jangka masa panjang untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar raya ini.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara tersebut sudah difikirkan di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

    Bagaimanapun menurutnya, persoalan sekarang ini adalah untuk melihatkan kos pembinaan dan kesesuaian pelaksanaannya di negeri ini.

    "Kita sedang memikirkan perkara ini (LRT dan MRT) namun belum ada perancangan untuk dilaksanakan. Kita perlu juga melihatkan kos pembinaan dan ia adalah antara pendekatan jangka masa panjang untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar raya ini," katanya.

    Dalam masa terdekat, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, pengangkutan awam di bandar raya ini perlu dinaiktaraf terlebih dahulu untuk menarik pengguna jalan raya menggunakan bas.

    "Namun pengangkutan awam perlu lebih efisien agar orang ramai mahu menggunakan bas. Sekurang-kurangnya kita dapat menarik pengguna jalan raya menggunakan pengangkutan awam," ujarnya.

    Mengulas mengenai projek 'underpass' di Bulatan Datuk Abang Kipali Abang Akip, beliau berkata, buat masa ini projek tersebut sedikit lewat disebabkan faktor cuaca.

    "Sekarang projek sudah mencapai pada tahap 42.8 peratus. Perkara seperti ini memang biasa berlaku apabila sesuatu projek dilaksanakan," jelasnya yang mendedahkan projek tersebut dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.-Sarawakiana










  • #PrkTjgDatu: BN udah sedia napi PRK

    By Yusz Man →

    KUCHING: Barisan Nasional (BN) sedia napi Pengawa Bepilih Mit (PRK) ungkup Sitak Kunsil Nengeri(DUN) N.3 Tanjong Datu.

    Direktor Operasyen, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar madah komiti BN diatu semina nganti hari nganjung nama chalun ti deka diatur kena 4 Februari tu.

    “Taja Parti Keadilan Rakyat (PKR) udah netap enda nganjung chalun ba PRK nya, komiti operasyen kitai tetap nyikap diri enggau manah.

    “Tu ketegal kitai dekaka BN menang besai di penuduk nya ke nyadi kubu tegap BN kenyau dikuasa Niang Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

    “Kitai enda ngira sekalika PKR tauka parti bukai bisi nganjung chalun tauka enda, kitai tetap deka nyikap diri naka pemanah,”ku iya lebuh dikerandau kemari.

    Dikena ngenegap komiti Operasyen PRK BN, Indu Opis Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ku iya udah numbuhka komiti renggat tinggi ngambika ulih meri bantu.

    Iya ke mega Menteri Pengeraja Asal enggau Rampa Menua sereta MP Santubong madah sida mega deka dibantu parti bukai dalam serakup BN iya nya PRS, SUPP enggau SPDP.

    “Kami komiti bagi PBB deka baum kena pagi 1 Februari tu sebedau baum enggau Kepala Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg muaka lemai.

    “Aku mega nyadang kepala menteri ke mega Chairman BN Nengeri enggau Presiden PBB deka mantaika nama chalun maya aum nya ila,’ku tandu iya.

    Ditanya sentang chalun ke dipilih, Wan Junaidi madah sapa aja ke dipilih kepala menteri deka nyadi chalun BN sereta PBB.

    “Enda ngira sapa ke dipilih nyadi chalun, iya deka nerima sukung penuh ari kami,’ku iya.-UB
  • Model Janji Beri Seks Percuma Mengadu Letih

    By uMieySurianie →


    Model dari Itali, Paola Saulino, 27, yang mengejutkan ramai apabila berjanji untuk melakukan seks dengan pengundi jika mereka menolak pungutan suara yang diadakan di negara berkenaan, kini meluahkan rasa letih selepas melayani 400 orang.

    Paolo bagaimanapun berikrar untuk melayani sekurang-kurangnya sejuta orang bagi membuktikan bahawa dia adalah seorang yang mengotakan janji.

    Dia memulakan kempen ‘melayan’ pengundi dengan melancarkan `Pompa Tour’ mulai 7 hingga 21 Januari lalu.

    Pungutan suara itu diadakan di Itali pada bulan November tahun lepas berhubung pembaharuan perlembagaan. Ia juga menyaksikan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi terpaksa meletak jawatan selepas kalah teruk dalam proses pungutan suara itu.

    Apabila proses pungutan suara itu menunjukkan 59% orang menolak pembaharuan perlembagaan yang dicadangkan Renzi, ramai yang menjangkakan Paola akan menarik diri.

    Bagaimanapun Paola telah mengotakan janjinya dan kini dia akan mengadakan Pompa Tour pusingan kedua yang akan bermula di Foggia pada Rabu ini.

    “Matlamat saya adalah satu juta, saya sukakan satu juta,’’ katanya yang menyatakan dia berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Paola berkata, dia melakukan seks itu di dalam bilik dan akan memutuskan sama ada seseorang lelaki itu perlu memakai kondom atau tidak.

    “Jika saya tidak mahu dia memakainya, ia ok, saya yang memilih. Tiada yang merungut setakat ini,’’ katanya. Mereka yang ingin meniduri Paola perlu berbuat demikian menerusi emel.

    Seramai 10,000 orang telah memohon dan mereka akan menerima kod untuk tempahan serta alamat yang akan diberikan kelak.– Mynewshub.cc
  • Parti PAN Sudah Ada Calon Untuk Tanjong Datu

    By Admin →
    KUCHING: Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak sudah mengenalpasti calon yang sesuai untuk diletakkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

    Ahli Exco parti itu, Raphaelson Richard Hamid mengesahkan perkara tersebut kepada Utusan Borneo semalam.

    Menurutnya, pihaknya sudah mempunyai calon yang bakal diletakkan yang merupakan seorang aktivis tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan ahli perniagaan.

    Beliau bagaimana pun berkata, keputusan samada untuk meletak calon pada PRK Tanjong Datu akan ditentukan dalam perbincangan antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat.

    Gabungan Pakatan Rakyat di Sarawak terdiri dari parti PAN, Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

    “Keputusan akan dibuat berdasarkan persetujuan daripada semua parti PH dalam perbincangan yang akan diadakan nanti,” katanya dipetik Utusan Borneo

    Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

    Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari, manakala hari penamaan calon pada 4 Februari. - Sarawakiana
  • Google bantah Trump sekat warga negara Islam

    By Admin →
    Syarikat carian utama dunia, Google juga membantah langkah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggunakan perintah eksekutif menyekat kemasukan penduduk dari tujuh negara majoriti Islam.

    Sebagai protes, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai, mengumumkan penubuhan dana krisis AS$4 juta (RM17 juta) untuk disalurkan kepada empat pertubuhan yang berusaha membantu mereka yang terjejas dengan perintah itu.

    Dana itu akan disumbangkan kepada Kesatuan Pembebasan Sivil Amerika (ACLU), Pusat Sumber Perundangan Pendatang, Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa dan UNHCR, yang membantu pencari suaka dan pendatang.

    Kempen itu didedahkan dalam memo yang dihantar Pichai dan disahkan jurucakap Google pada malam Ahad.

    Ia adalah kempen krisis terbesar Google dan eksekutif syarikat itu turut memberikan sumbangan secara individu kepada dana berkenaan.

    Geran diwujudkan sehari selepas Pichai membantah keras larangan kontroversi itu dan pengasas bersama syarikat itu, Sergey Brin, menyertai bantahan di lapangan terbang antarabangsa San Francisco.

    Eksekutif di firma terkemuka seperti Apple, Microsoft, Netflix, Uber, Airbnb dan Tesla Motors sudah pun mengkritik larangan itu, yang digantung sementara oleh Hakim Mahkamah Persekutuan di New York pada Sabtu.- BNBBC News
  • Mayat Warga Indonesia Lemas Di Santubong Ditemui

    By Yusz Man →
    foto ihsan bomba
    KUCHING: Mayat salah seorang daripada dua warga Indonesia yang dikhuatiri lemas pada Ahad lalu, ditemui terdampar di kawasan pinggiran batu besar di sebuah pantai di Santubong, semalam.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat Rusmana, 44, ditemui pada jarak 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat manakala seorang lagi masih belum dijumpai pasukan penyelamat.

    “Seorang mangsa dijumpai terapung oleh pihak anggota operasi, pihak polis udara dalam anggaran jarak 100 meter dari kawasan pinggiran batu besar pantai di mana lokasi terakhir mangsa dikhuatiri lemas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Farhan berkata, pihak bomba turut berhadapan cabaran pergi ke lokasi berikutan faktor laut bergelora dengan ombak dianggarkan setinggi lima meter serta angin kencang.

    Difahamkan, operasi pencarian diteruskan pasukan penyelamat dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air (surface searching) sekitar 200 meter radius dari pesisir pantai.

    Pasukan kayak dari Damai Resort turut membantu dalam operasi tersebut dengan melakukan pencarian sekitar jarak 100 meter dari kawasan pantai.

    Selain pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Batu Lintang, operasi itu turut melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Pengawal Pantai, anggota penyelamat Kem Permai dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

    Rusmana dan seorang lagi rakannya, Usman Suharna, 20, dilaporkan lemas ketika bermain ombak besar kira-kira jam 12 tengah hari Ahad lepas.

    Mereka berdua adalah antara 10 pekerja kilang bateri di Bintawa yang berkelah sempena cuti Tahun Baharu Cina.

    Gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang hilang masih diteruskan.-UB

  • Gempa: RM763.6 Juta Kos Bangunkan Semula Rumah Dan Premis Di Aceh

    By uMieySurianie →


    BANDA ACEH: Dianggarkan 2.3 trilion Rupiah diperlukan untuk membangunkan semula rumah penduduk dan bangunan yang musnah serta terjejas teruk susulan kejadian gempa bumi yang melanda daerah Pidie Jaya Disember lalu.

    Wakil Bupati Pidie Jaya Said Mulyadi berkata sehingga kini 23,000 rumah yang musnah dan terjejas teruk dalam bencana itu masih belum dibaiki dan kerugian yang ditanggung penduduk adalah kira-kira satu trilion Rupiah (RM331 juta).

    "Sumbangan pihak luar amatlah dialu-alukan dan dihargai memandangkan kos pembinaan semula, menelan belanja yang sangat besar," katanya kepada wakil media Johor di kediamannya baru-baru ini.

    Said berkata sumbangan yang diperoleh hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Aceh JCorp-Kelab Media Johor (KMJ) Prihatin bakal digunakan bagi membaiki Masjid Ahlissilsilah di Gampong Reuduo Kecamatan Pante Raja, Pidie Jaya, yang sebahagiannya musnah dalam bencana itu.

    Beliau turut menyatakan penghargaannya atas keprihatinan dan kesungguhan KMJ serta syarikat swasta seperti Johor Corporation (JCorp) dalam membantu masyarakat di Pidie Jaya.

    Said menerima sumbangan wang tunai RM50,000 daripada Presiden KMJ Mohd Fauzi Ishak, yang turut disaksikan Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes JCorp Wan Mohd Nizam Wan Mohd Omar serta Timbalan Pengurus Komunikasi Korporat JCorp Mohd Ainuddin Aliff Salehuden.

    Pidie Jaya, yang terletak kira-kira empat jam perjalanan melalui kereta dari sini, dilanda gempa bumi 6.5 skala Richter pada 7 Dis tahun lepas mengakibatkan korban lebih 100 orang dan menyaksikan banyak kediaman dan masjid musnah dalam kejadian berkenaan.

    Sementara itu, Mohd Ainuddin berkata pihaknya dalam proses mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada masyarakat Pidie Jaya bagi meringankan beban penderitaan mereka.

    Beliau berkata misi kemanusiaan tiga hari dengan kerjasama KMJ itu adalah kesinambungan komitmen syarikat berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Program bermula 25 Jan hingga 27 Jan itu, turut menyaksikan sumbangan dua pam air bagi kegunaan anak-anak yatim di Asrama Anak Yatim Johor serta menziarah lokasi kapal di atas rumah dan Masjid Ahlissilsilah di Gampong Reuduo Kecamatan Pante Raja di Pidie Jaya.- BERNAMA