• Zaid tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim tiba di Bukit Aman, sebentar tadi untuk memberi keterangan berhubung isu mempersoal titah Sultan Selangor.

    Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tiba pada jam 9.30 pagi ditemani peguamnya, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Ronnie Liu serta beberapa lagi penyokong dan ahli DAP.

    Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan arahan memanggil Zaid pada hari ini untuk memberikan keterangan.

    Beliau disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan sebanyak dua laporan polis sudah dibuat berkaitan isu terbabit.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Zaid tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan "