• YouTube Pun Nak Strim Muzik

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    Youtube dipercayai bakal memperkenalkan perkhidmatan penstriman muzik berbayar pada Mac tahun depan, menurut laporan Bloomberg.

    Syarikat Warner Music Group sudah menandatangani perjanjian manakala Sony Music Entertainment, Universal Music Group dan konsortium syarikat muzik bebas, Merlin masih dalam perbincangan, kata Bloomberg.

    Perkhidmatan itu yang dikenali dalam syarikat itu sebagai Remix akan bersaing dengan perkhidmatan penstriman muzik lain seperti Spotify dan Apple Inc.

    Satu lagi unit Alphabet Inc itu, Google mempekenalkan Google Play Music pada 2011.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " YouTube Pun Nak Strim Muzik "