• Whatsapp Henti Fungsi Di Beberapa Platform Bermula 31 Disember Ini

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+


    APLIKASI mesej mudah alih WhatsApp akan menghentikan fungsinya pada beberapa platform bermula 31 Disember ini, syarikat itu mengesahkan.

    Aplikasi komunikasi popular dunia itu akan menggugurkan sokongannya untuk BlackBerry OS, BlackBerry 10 dan Windows Phone 8.0 serta platform-platform yang lebih lama bermula 31 Disember 2017, menurut laporan express.co.uk yang disiarkan pada Isnin.

    “Kami tidak lagi aktif membangunkan platform-pltaform ini, sesetengah ciri mungkin berhenti berfungsi pada bila-bila masa,” menurut WhatsApp.

    “Platform ini tidak menawarkan keupayaan yang kami perlukan untuk memperluaskan ciri aplikasi kami pada masa akan datang.

    “Jika anda menggunakan salah satu daripada peranti mudah alih yang terjejas, kami mengesyorkan peningkatan ke versi sistem operasi (OS) yang lebih baharu atau kepada Android yang lebih baharu yang menggunakan OS 4.0+, iPhone yang menggunakan iOS 7+, atau Windows Phone 8.1+ supaya anda boleh terus menggunakan WhatsApp,” tambah syarikat itu.

    WhatsApp menyatakan bahawa ia juga tidak akan berfungsi pada ‘Nokia S40’ selepas Disember 2018.

    Malah aplikasi itu akan berhenti berfungsi dengan betul pada Android OS versi 2.3.7 dan lebih lama, selepas 1 Februari 2020. – mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Whatsapp Henti Fungsi Di Beberapa Platform Bermula 31 Disember Ini "