• Warga Los Angeles Gempar Cahaya Aneh

    Published: Sunday, 24 December 2017
    A- A+




    LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Beberapa penduduk Los Angeles merakam penampakan cahaya aneh di langit petang semalam dan menyatakan mereka 'seram' dengan keadaan sedemikian.

    Cahaya tersebut yang kelihatan bagaikan UFO (objek terbang tidak dikenal pasti) bergerak dengan perlahan bermula dari California selatan.

    Rupa-rupanya, cahaya tersebut adalah hasil percikan api roket Falcon 9 milik agensi angkasa SpaceX yang dilancarkan dari markas tentera udara Vandenberg.

    Roket berkenaan membawa 10 satelit milik Iridium Corporation yang akan dilancarkan ke orbit rendah Bumi.

    Pelancaran tersebut merupakan pelancaran ke-18 SpaceX.

    Los Angeles Times mengatakan kesemua satelit berjaya dilancarkan.-SH

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Los Angeles Gempar Cahaya Aneh "