• Warga Emas Hilang DIjumpai DI Hutan Kampung Beliong

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Seorang warga emas berusia 60 tahun yang dilaporkan hilang sejak 4 Disember lepas ditemui dalam kawasan Hutan di Kampung Beliong sekitar jam 1 tengahari tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, laporan mengenai kehilangan mangsa hanya dibuat pada 6 Disember.

    Berdasarkan maklumat daripada pelapor menurutnya, mangsa sebelum ini pernah keluar rumah sehingga dua ke tiga hari dan balik semula ke rumah namun kali ini mangsa yang keluar rumah pada 4 Disember tidak balik sehingga ditemui hari ini.

    "Mangsa berjaya ditemui di dalam hutan pada jarak 1.8 km dari Pos Kawalan Bomba (PKB) oleh kumpulan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada bomba, agensi bantuan dan penduduk kampung," katanya.-Sarawakiana





  • No Comment to " Warga Emas Hilang DIjumpai DI Hutan Kampung Beliong "