• Wanita Pakai Seluar Terlalu Pendek Cetus Kontroversi

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    PADAH pakai seluar yang terlalu pendek. Wanita ini, telah ditahan polis di tepi jalan selepas mereka menyangka dia separuh bogel dan tidak memakai apa-apa di bahagian bawah badan.

    Polis bertindak demikian selepas seorang penduduk Merseyside, Kirsty Holt menaik gambar Abbie Crawford, 25, yang ketika itu berada di laman rumahnya, dalam media sosial.

    “Kenapa wanita ini berjalan tanpa memakai seluar?,” demikian tulis Kirsty di dalam media sosial menyebabkan polis kemudiannya mengesan Abbie.

    Kirsty menyangka Abbie tidak memakai seluar kerana seluar yang dipakainya itu terlalu pendek dan gambar itu kemudiannya menjadi viral.

    Ketika wawancara dengan The Sun, Abbie berkata, dia memakai seluar yang pendek itu semata-mata untuk mendapatkan perhatian.

    “Ternyata ia tidak mengecewakan,” kata Abbie.

    Jelasnya, ketika gambar itu dirakamkan, dia sedang membuat kerja rumah.

    “Saya berasal dari Portsmouth dan orang di situ memang berpakaian begini, sepanjang masa tanpa mengira musim,” katanya.

    Abbie turut mengakui polis telah menasihatkannya supaya memakai pakaian yang lebih sopan namun dia tidak didakwa atas apa-apa kesalahan dan dilepaskan. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Pakai Seluar Terlalu Pendek Cetus Kontroversi "