• Wanita Lahir Bayi Embrio Beku

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita di Tennessee, Amerika Syarikat telah melahirkan bayi perempuan hasil daripada embrio beku disimpan selama 24 tahun, sekali gus mencipta rekod baharu dunia.

    Kelmarin, Pusat Donasi Embrio Kebangsaan Amerika Syarikat (NEDC) mengesahkan bayi diberi nama Emma itu dilahirkan Tina Gibson, 26, pada 25 November lalu selepas ia dikrioawet selama hampir seperempat abad.

    "Emma diimplan ke dalam uterus ibunya pada Mac lalu melalui proses dipanggil pemindahan embrio beku. Benjamin, suami kepada Tina menderita fibrosis sistik, satu keadaan yang biasanya menyebabkan kemandulan. Pasangan terbabit merancang untuk mengambil anak angkat apabila dimaklumkan tentang prosedur itu," jelas NEDC.

    Difahamkan, embrio tersebut secara asalnya dibekukan pada 1992 ketika Tina berusia setahun.

    "Ia satu kejayaan besar apabila melihat embrio yang dibekukan 24.5 tahun lalu menggunakan teknik awal dikrioawet pada masa itu boleh berjaya 100 peratus. Saya sentiasa ingat bagaimana reaksi Tina ketika saya menunjukkan gambar embrio tersebut.

    "Dengan nada teruja Tina berharap embrio itu akan menjadi kawan baiknya," kata Pengarah Makmal NEDC, Carol Sommerfelt. - Press TV/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Lahir Bayi Embrio Beku "