• Wanita Ketagih Pembedahan Plastik Demi Teman Lelaki

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+


    SEORANG wanita berusia 22 tahun dari Hong Kong menjalani sebanyak 30 pembedahan plastik bagi menawan hati teman lelakinya.

    Berry Ng mula melakukan semua itu sejak berusia 17 tahun kerana mahu kelihatan seperti supermodel barat.

    Dia bagaimanapun sudah menyesali tindakannya itu.

    Berry Ng mendakwa ketagihannya terhadap pembedahan plastik bermula apabila dia terlihat pusat kecantikan yang menawarkan pakej pelajar pada harga berpatutan iaitu sekitar HKD799 (RM415) untuk tiga suntikan.

    Namun, selepas beberapa jam, pekerja pusat kecantikan tersebut memujuknya untuk membeli pakej yang lebih mahal iaitu sekitar HKD17,000 (RM8,847).

    Berry Ng yang teruja dengan kesan yang dialaminya semakin berani untuk menjalani pembedahan plastik dengan lebih kerap.

    Mimpi buruk Berry bermula apabila dia mula jatuh cinta dengan lelaki yang lebih tua sembilan tahun daripadanya ketika dia mula menginjak ke usia 20 tahun.

    Pasangannya itu suka menghina wajahnya dan gemar membandingkan kecantikannya dengan wanita lain.

    Sedih dengan keadaan itu, Berry Ng sanggup menjalani 30 pembedahan plastik dalam tempoh enam bulan.

    Antara pembedahan kosmetik yang dilakukannya melibatkan pembedahan kelopak mata, hidung, suntikan di dahi agar nampak lebih bulat, suntikan bibir, pipi dan juga dagu.

    "Jika dia (teman lelaki) katakan 'awak cantik' walaupun sekali, saya akan berhenti," katanya kepada China Press. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Ketagih Pembedahan Plastik Demi Teman Lelaki "