• Wanita Jalin Hubungan Dengan Hantu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Wanita ini memang pelik. Dia mendakwa telah melakukan seks dengan hantu dan atas sebab itu, dia tidak akan sesekali kembali kepada lelaki lagi kerana baginya hantu boleh memuaskannya.

    Amethyst Realm, dari Bristol, mendakwa melakukan seks dengan lebih 20 kekasih hantunya dan hantu-hantu terbabit bisa memuaskannya.

    Dia juga enggan menjalin hubungan dengan lelaki lagi dan berharap untuk mencari hantu yang sejati untuk dijadikan teman hidup.

    Ketika muncul dalam rancangan This Morning, Amethyst, 27, menjelaskan pertama kali dia merasakan kehadiran hantu ketika berpindah ke rumah tunangnya ketika itu, iaitu 10 tahun lalu.

    Apabila tunangnya tiada di rumah, Amethyst merasakan kehadiran hantu berkenaan dan memutuskan untuk berpakaian seksi.

    “Ia rasa seperti benda berat. Saya rasa ditindih di bahagian kaki dan pada masa sama bahagian badan,’’ katanya.

    Menurut Amethyst, perhubungannya dengan tunangnya putus selepas hantu itu menjelmakan diri di depan tunangnya, iaitu sesuatu yang dia sendiri tidak pernah lihat.

    “Dia menyangka saya curang. Saya rasa saya bercinta dengan hantu dan hantu itu mahu saya mengakhiri hubungan dengan tunang saya,’’ katanya yang menjelaskan dia kini tidak lagi berminat dengan lelaki.

    Amethyst berkata, dia juga bercadang untuk memiliki anak dengan mengandung secara spiritual.

    “Ia akan menjadi unik kerana saya boleh melihat bayi hantu,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Jalin Hubungan Dengan Hantu "