• Wanita Cantik Kantoi Seludup Syabu Di Celah Kangkang

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+


    SULAWESI SELATAN - Polis Indonesia berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 2.3 kg di Pelabuhan Nusantara Parepare, pada Jumaat.

    Menurut laporan portal antarabangsa, salah seorang yang ditahan merupakan seorang wanita cantik daripada Sabah,dikenali sebagai Zahrina.

    Maklumat wanita itu diperoleh menerusi dokumen perjalanannya yang dibawa bersama.

    Ketika ditahan dan diperiksa oleh pegawai keselamatan, wanita berpewatakan ayu itu didapati mengepit dadah jenis syabu seberat 2.3 kg di celah kangkangnya.

    Zahrina ditangkap bersama suami dan seorang lagi suspek lain yang sehingga kini belum dikenal identitinya.

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Cantik Kantoi Seludup Syabu Di Celah Kangkang "