• Wanita Bertunang Dengan Barang Antik

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    LONDON - BRITAIN . Seorang wanita Britain merancang untuk mengahwini sebuah lampu candelier berusia 90 tahun yang dibelinya secara online.

    Dia juga mengaku ketagih “berpelukan dan ghairah" dengan barang antik yang berhabuk itu.

    Amanda Liberty, 33, tidak terkesan dengan jurang usia 57 tahun antara dia dengan lampu tersebut, yang dinamakan sebagai Lumiere.

    “Apabila ternampak Lumiere di laman beli belah dalam talian eBay, saya tahu ia untuk saya dan ianya cinta pandang pertama.

    “Lampu itu berasal dari Jerman dan walaupun saya tahu amat sukar untuk membawanya pulang, saya harus mencari jalan untuk menjadikannya milik saya.”

    “Saya tidak boleh berhenti berfikir tentangnya dan bagaimana cantiknya ia.

    "Ia mempunyai rupa yang cantik dan boleh merasakan tenaga yang hebat darinya,” katanya yang membayar ASD$500 (RM2,040) bagi kos penghantaran ke Eropah pada 2016.

    Selepas menang bidaan dalam talian, Amanda tidak sabar menanti ketibaan Lumiere dirumahnya di Leeds,

    Namun sebelum itu, Amanda telah mempunyai 24 lagi candelier - yang menurutnya menjalin “hubungan terbuka” sebelum bertemu dengan Lumiere.

    “Selepas saya membeli candelier itu, saya menunggu ia diimport ke Britain dan setelah menunggu selama enam hari, kini ia milik saya.”

    “Ketika ia tiba, ia belum lagi dipasang demi menjaga keselamatannya. Tetapi setelah dipasang dan menghidupkannya, hubungan kami semakin kukuh," ujarnya. - The Sun

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Bertunang Dengan Barang Antik "