• Wanita Arab Saudi kini boleh memandu trak, menunggang motosikal

    Published: Sunday, 17 December 2017
    A- A+


    RIYADH : Selepas diberi kebenaran untuk memandu kereta, wanita Arab Saudi kini boleh menunggang motosikal dan memandu trak selepas kerajaan negara itu menamatkan larangan memandu terhadap golongan itu.

    Undang-undang baharu itu akan berkuatkuasa pada Jun 2018.

    September lalu, Raja Salman AbdulAziz Al-Saud mengeluarkan perintah membenarkan wanita negara itu memandu kereta juga bermula Jun 2018.

    Nenurut Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi, undang-undang baharu itu digubal bagi memberi ‘kesaksamaan’ terhadap golongan lelaki dan wanita.

    Bagaimanapun tidak ada sebarang nombor pendaftaran khas diwujudkan bagi membezakan kedua-dua pemandu berkenaan.

    Bagaimanapun, pemandu wanita yang terbabit kemalangan jalan raya atau salah laku akan dikendalikan oleh pusat khas yang ditubuhkan dan diselia oleh wanita.

    Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang mengenakan larangan kepada wanita untuk memandu.-Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Arab Saudi kini boleh memandu trak, menunggang motosikal "