• Wan Junaidi Kekal Ketua Cawangan PBB Simanggang

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengekalkan jawatan sebagai Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simanggang selepas menang tanpa bertanding.

    Turut mengiringi Wan Junaidi dalam saf kepimpinan PBB Cawangan Simanggang bagi sesi 2017 - 2020 merangkumi Franklin Guang @ Guan sebagai timbalan ketua cawangan.

    Suhaimi Johan pula menjawat jawatan naib ketua cawangan sementara Lindalyn Kawi (ketua wanita cawangan) dan Mohd Hamzah Uthman (ketua pemuda cawangan).

    Menurut Wan Junaidi, PBB Cawangan Simanggang telah mengemukakan tiga usul.

    "Usul yang dibentangkan termasuk jawatan presiden dan barisan tertinggi PBB tidak dipertandingkan selain ucapan takziah kepada Datuk Amar Jamilah Anu sebagai memperingati Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem," katanya.

    Beliau berkata, PBB Cawangan Simanggang turut menyokong kepimpinan dan keputusan PBB bagi pelantikan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Wan Junaidi Kekal Ketua Cawangan PBB Simanggang "