• [VIDEO] Pekerja Diarah Tampar Muka Sesama Sendiri Untuk “Naikkan” Semangat

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    Sebuah syarikat kosmetik di China nampaknya mempunyai “kaedah” tersendiri, kononnya sebagai menaikkan semangat pekerja apabila mengarahkan kakitangan mereka menampar muka sesama sendiri.

    Memetik laporan portal antarabangsa, insiden tidak masuk akal itu berlaku ketika majlis sambutan ulang tahun ke-14 syarikat berkenaan di Nanchang.

    Rakaman video acara tampar-menampar itu menjadi tular di laman sosial sehingga menerima kecaman teruk daripada netizen.

    Berdasarkan klip video tersebut, beberapa pekerja wanita melutut di atas pentas sebelum menampar muka rakan mereka berkali-kali dengan kuat.

    Ia dilakukan di hadapan ratusan pekerja dengan tujuan untuk mengekalkan jawatan mereka dalam sebuah syarikat kosmetik.


    Mengulas mengenai acara tersebut, jurucakap syarikat berkenaan dikenali sebagai Luo memberitahu wartawan bahawa tiada apa yang menarik mengenai perkara itu dan ia hanyalah “ujian” untuk pekerja mereka.

    “Mereka bukan suka-suka menampar muka, malah ada juga rutin di syarikat lain yang mengamalkan perkara sebegini. Ini untuk membina semangat berkumpulan ," katanya memetik Mail Online.

    Difahamkan, syarikat ini terkenal dalam menawarkan jualan, program pelan kecantikan dan perkhidmatan selepas servis.

    Tahap prestasi pekerja wanita di dalam video ini dikatakan berada di tahap yang kurang memberangsangkan untuk tahun ini.

    Bagaimanapun, ramai pengguna media sosial mengecam tindakan itu yang dianggap mereka sebagai penderaan fizikal terhadap pekerja.

    “Kamu dengar bunyi tamparan dan kamu tahu itu bukan lakonan. Bagaimana cara ini boleh untuk membina semangat pasukan,” bidas seorang pengguna sosial. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " [VIDEO] Pekerja Diarah Tampar Muka Sesama Sendiri Untuk “Naikkan” Semangat "