• Venezuela Larang Pembangkang Sertai Pilihan Raya Presiden

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    CARACAS: Beberapa parti pembangkang utama Venezuela mungkin tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Presiden tahun depan, kata Presiden, Nicolas Maduro.

    Maduro berkata, ketika ini, hanya parti yang menyertai pemilihan Datuk Bandar semalam boleh bertanding untuk pilihan raya berkenaan, lapor BBC.

    Oktober lalu, tiga parti pembangkang utama Venezuela mengumumkan untuk memboikot pilihan raya yang diadakan untuk memilih datuk-datuk bandar di daripada lebih 300 kawasan, semalam.

    Langkah itu sebahagian daripada bantahan mereka terhadap pentadbiran Maduro yang disifatkan sebagai ‘kuku besi’.

    - Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Venezuela Larang Pembangkang Sertai Pilihan Raya Presiden "