• Usus Terkoyak Lepas Sumbat Objek Sepanjang 73cm Dalam Dubur

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    Usus seorang lelaki British berusia 53 tahun berlubang selepas dia bertindak memasukkan alat mainan seks yang bersaiz “luar biasa” dengan ukuran 77 sentimeter (cm) panjang ke dalam duburnya.

    Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya dilaporkan memasukkan sejenis objek melengkung ke dalam dubur untuk tujuan kepuasan seksual ketika dia sedang mabuk.

    Mail Online melaporkan bahawa doktor mendedahkan lelaki itu ‘hilang kawalan’ ketika memasukkan objek tersebut kerana berada dalam keadaan mabuk, menyebabkan ia tersekat di dalam duburnya.

    BMJ dalam laporan menyifatkan kes tersebut sebagai “pelik”, sehingga mendorong pakar-pakar untuk memberi amaran mengenai bahaya memasukkan objek ke dalam dubur.

    Menyifatkan objek tersebut sebagai “luar biasa besar”, laporan jurnal kes tersebut yang memetik para doktor sebagai berkata: “Ini adalah kes pertama seumpama itu dan eksklusif kerana objek yang digunakan bersaiz besar.”

    Portal tersebut melaporkan akibat tindakan tersebut, lelaki itu mengalami kesakitan yang teruk, dan dia telah dirujuk kepada jabatan A&E di sebuah hospital yang dikendalikan oleh Northern Lincolnshire dan Goole NHS Foundation Trust.

    Lelaki itu memberitahu pegawai perubatan bahawa dia secara sengaja memasukkan alat mainan seks tanpa bateri itu ke dalam duburnya semasa di bawah pengaruh alkohol.

    Mendengar pengakuan lelaki itu, para pegawai perubatan yang diketuai oleh Dr Saad Ikram melakukan imbasan sinar-x sebelum mengesan ‘bayangan halus’ di sebelah kanan abdomennya.

    Lelaki itu kemudian terkejut selepas doktor memaklumkan bahawa alat mainan seks itu berukuran tiga suku meter.

    Pemeriksaan lanjut juga mendapati objek asing yang besar itu telah menyebabkan usus lelaki itu berlubang.

    Akibatnya, pakar bedah terpaksa memotong kira-kira 20cm usus lelaki itu termasuk bahagian yang terkoyak bagi mengeluarkan alat mainan seks tersebut.

    Pesakit telah menerima rawatan selama sembilan hari di hospital, di mana bahagian ususnya disambung dengan tiub dan dilengkapi dengan beg stoma bagi menghentikan sisa buangan yang melalui bahagian usus besarnya. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " Usus Terkoyak Lepas Sumbat Objek Sepanjang 73cm Dalam Dubur "