• Uqasha Dan Hefny Bakal Disatukan Akhir Tahun Depan

    Published: Sunday, 3 December 2017
    A- A+

    SEJAK hubungan istimewa yang dapat dihidu netizen beberapa minggu lalu, pasangan kekasih Hefny Sahad dan Uqasha Senrose kini sering menjadi perhatian ramai pihak.

    Mana tidaknya, mereka sering dilihat bersama dalam beberapa acara sosial malahan kerap memuat naik gambar secara bersama menerusi laman Instagram masing-masing.

    Dengar-dengarnya Hefny dan Uqasha bakal menamatkan zaman bujang mereka pada hujung tahun 2018.

    Pemuda berusia 30 tahun itu mengakui telah mendapatkan restu daripada kedua-dua belah keluarga dan merancang untuk melamar Uqasha tidak lama lagi.

    “Kami sudah berbincang tentang itu (berkahwin). InsyaAllah jika tak ada halangan dan dengan rezeki Allah SWT untuk mempermudahkan segala-galanya,

    “Saya berharap agar urusan membina masjid bersama Uqasha ini berjalan lancar seperti dirancang bersama pada hujung tahun depan.

    “Saya memang mahu memperisterikan dia dalam waktu segera tetapi kami perlukan masa untuk membuat persiapan,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

    Akui pengacara program Muzik-Muzik 32 itu, dia perlu mempersiapkan dirinya sebelum menamatkan zaman bujang dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Uqasha.

    “Persediaan dari segi persediaan mental, mengukuhkan kewangan sedia ada dan mendalami lagi ilmu agama dalam diri sendiri, sebelum saya menjadi ketua keluarga itu sangat penting,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Hefny berjanji akan berkongsi detik-detik manis tersebut bersama peminat-peminat mereka.

    Akuinya lagi, dia memilih untuk bersikap terbuka tentang hubungan istimewa mereka supaya tiada salah faham yang akan timbul pada masa akan datang.

    “Saya memilih untuk kongsi kepada umum apabila sampai masa, itu janji saya. Benda yang baik, takkanlah saya nak berahsia asalkan kita tidak langgar undang-undang dan norma masyarakat orang Melayu,” jelasnya.

    Khabarnya, mereka sudah berkawan rapat sejak setahun yang lalu sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih.

    Semoga semuanya dipermudahkan buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC/SA

    Subjects:

  • No Comment to " Uqasha Dan Hefny Bakal Disatukan Akhir Tahun Depan "