• UPP Sudah Dapat Sokongan Padu Rakyat

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    Walaupun hanya berusia tiga tahun, Parti Rakyat Bersatu (UPP) telah mendapat sokongan padu daripada rakyat. 

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pengerusi UPP Dudong Datuk Tiong Thai King berkata ianya terbukti semasa pilihan raya negeri lepas apabila lima calon UPP berjaya memenangi kerusi yang ditandingi.

    “Setakat ini UPP telah berjaya menjadi satu platform politik yang matang, sihat dan diterima oleh rakyat. Saya gembira dengan perkembangan positif dan dinamik yang telah pun dikecapi oleh UPP sejak tiga tahun lepas.

    “Kita semua sedia maklum dunia kini tanpa sempadan dengan aliran globalisasi yang semakin pesat. Namun UPP akan terus mengikut peredaran zaman secara relevan dan mendukung cita-cita bangsa dan negara untuk kepentingan rakyat.

    “UPP akan berusaha memastikan program dan projek khasnya di kawasan luar bandar dengan satu matlamat untuk membawa rakyat menikmati agenda pembangunan semasa,” jelas Tiong.

    Sementara itu, katanya, UPP juga mempunyai hubungan baik dan erat bukan sahaja dengan kerajaan negeri bahkan dengan kerajaan persekutuan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya ianya jelas terbukti apabila semua wakil rakyat UPP diundang untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

    “Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap UPP sebagai keluarga BN.

    “Wakil rakyat UPP juga sama-sama diberi peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) demi kepentingan penduduk di kawasan masing-masing,” ujarnya.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong memberitahu hubungan baik sedemikian telah membolehkan pelbagai program dan projek pembangunan kerajaan dilaksanakan untuk manfaat rakyat termasuk di Sibu Jaya. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " UPP Sudah Dapat Sokongan Padu Rakyat "