• UPP Mungkin Kempunan Bertanding PRU14

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Perhimpunan Tritahunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), jelas menunjukkan tiada calon langsung bakal ditampilkan di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Ini kerana kedua-dua pemimpin tertinggi peringkat persekutuan dan negeri itu mahu kemelut yang melanda SUPP dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) diselesaikan dengan kadar segera.

    UPP yang sebelum ini berkehendakkan kerusi Parlimen Sibu dan Lanang sehingga sudah menamakan calon yang akan diketengahkan untuk merampas kembali kedua-dua kerusi tersebut daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

    Melihat kepada pembahagian kerusi di kalangan parti komponen BN, kedua-dua kerusi parlimen itu adalah milik SUPP walaupun prestasi kurang memberangsangkan dipamerkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

    Mengambil kira aspek kerusi tradisi tersebut, banyak pihak beranggapan Robert Lau Hui Yew dan Kelvin Kong masing-masing dipertaruhkan BN di Parlimen Sibu dan Parlimen Lanang.

    Keadaan ini sudah pasti membuatkan UPP tidak senang duduk selain kata sepakat dapat dicapai untuk kepimpinan dan keseluruhan parti yang menanggap diri mereka mesra BN itu kembali ke pangkuan SUPP.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " UPP Mungkin Kempunan Bertanding PRU14 "