• UPP Harus Kembali Ke Pangkal Jalan

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+
    Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mendapat sokongan penuh daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada mesyuarat perwakilan tri-tahunan SUPP beberapa hari yang lepas.

    Ini membayangkan parti UPP tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi calon pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

    Abang Johari turut menggesa agar anggota UPP kembali bersama SUPP dan tidak perlu bertelingkah sesama sendiri. Perkara sedemikian sudah menjadi kebiasaan dalam politik dan setiap percanggahan pendapat merupakan lumrah serta asam garam dalam dunia politik.

    Menurut Abang Johari, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pernah merasai pengalaman serupa sehingga tertubuhya parti PERMAS pada waktu itu. Perpecahan di kalangan ahli berlaku dan kedudukan PBB tidak kukuh. Namun setelah PERMAS tidak wujud lagi, semua nya kembali menyertai PBB semula dan hari ini PBB semakin kukuh dan kuat.

    UPP seharusnya belajar daripada kesilapan dan kembali ke pangkaljalan untuk membentuk parti Barisan Nasional yang kuat. Buangkan segala persengketaan dan kembali kepada SUPP untuk membentuk sebuah parti yang sentiasa mendukung perjuangan umtuk rakyat.

    Abang Johari menegaskan, setiap perjuangan adalah untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi justeru memajukan dan memakmurkan negara serta negeri khasnya. Hanya dengan penyatuan dapat merealisasikan setiap dasar yang berkepentingan untuk rakyat secara keseluruhan. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " UPP Harus Kembali Ke Pangkal Jalan "