• United Tumbang Di Old Trafford

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    MANCHESTER (United Kingdom): Manchester City mencipta jurang 11 mata di persada Liga Perdana ketika jaringan Nicolas Otamendi memberikan kemenangan penting 2-1 ketika berdepan pencabar gelaran Manchester United, awal pagi tadi.

    Skuad kendalian Pep Guardiola mendahului menerusi jaringan David Silva sebelum Marcus Rashford menyamakan kedudukan buat United pada penghujung babak pertama.

    Otamendi menjaringkan gol buat City tidak lama selepas rehat, membolehkan pendahulu itu menyamai rekod kemenangan 14 kali berturut-turut dalam Liga Perdana - menyamai rekod sebelumnya yang dicipta Arsenal antara Februari dan Ogos 2002. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " United Tumbang Di Old Trafford "