• Unit Khas Penjagaan Luka Bakal Ditubuhkan Di Semua Klinik Kesihatan Tahun Depan

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Semua 1,100 klinik Kesihatan di seluruh negara akan dilengkapi Unit Khas Penjagaan Luka yang memberi rawatan khusus untuk luka serius kepada pesakit dengan menggunakan peralatan moden termasuk dibekalkan kit penjagaan luka, mulai tahun depan.

    Penasihat Kebangsaan Kesihatan Primer Dr. Harikrishna K.R Nair berkata, penubuhan unit khas berkenaan bertujuan untuk memudahkan pesakit yang mengalami luka terutama pesakit Diabetis, dan luka yang serius akibat kemalangan dan lain untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu ke hospital lagi selain mengurangkan kos rawatan kerajaan.

    “Penubuhan unit khas berkenaan dilihat mampu menjimatkan kos rawatan selain mengurangkan tempoh rawatan setiap hari kepada dua minggu sekali terutama pesakit yang memerlukan rawatan untuk mencuci luka dengan menggunakan alatan yang dikhaskan yang berteknologi tinggi untuk penjagaan luka.

    “Daripada kajian yang di buat Persatuan Perawatan Luka Profesional Malaysia (MSWCP) kecederaan luka di negara ini semakin merisaukan khususnya pesakit diabetes yang menyumbang kepada 50 hingga 60 peratus kes luka dan manakala masing-masing 10 peratus bagi kes kemalangan, pembedahan dan lain-lain,”katanya ketika merasmikan Seminar Pencegahan Tekanan Kecederaan dan Penjagaan Luka di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

    Katanya dengan penubuhan unit penjagaan luka ini, kerajaan mampu mengurangkan kira-kira 40 peratus kos rawatan perubatan daripada keseluruhan kerana sebelum ini terpaksa memperuntukan RM1 juta sebulan untuk kos rawatan luka di hospital

    Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Lee Fatt Soo. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Unit Khas Penjagaan Luka Bakal Ditubuhkan Di Semua Klinik Kesihatan Tahun Depan "