• UK Benar Rakyat Arab Saudi Bawa Peranti Elektronik

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    RIYADH: Rakyat Arab Saudi yang menaiki penerbangan menuju ke United Kingdom dibenarkan membawa peranti elektronik, sekali gus memansuhkan larangan yang dikuatkuasakan awal tahun ini.

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya menyebut, penumpang kini dibenarkan untuk menggunakan komputer riba dan tablet di dalam kabin pesawat.

    "Ia membabitkan semua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah mulai semalam," katanya.

    Pada Mac lalu, Amerika Syarikat dan Britain mengumumkan larangan menggunakan peranti elektronik di dalam kabin pesawat bagi penerbangan terus dari Turki, Lubnan, Jordan, Mesir, Tunisia serta Arab Saudi, susulan ancaman keselamatan.

    Bagaimanapun, pada Julai lalu, Amerika Syarikat menarik balik larangan itu terhadap penumpang penerbangan Arab Saudi. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " UK Benar Rakyat Arab Saudi Bawa Peranti Elektronik "